Info Penting Bagi Pengguna Mozilla Firefox dan Perisian Pembaca Skrin





Video di atas menunjukkan pelancaran Mozilla Firefox versi baru yang dikenali sebagai Project Quantum. Pelayar web ini menggunakan enjin baru di samping membawa pelbagai perubahan dari segi antaramuka, kecekapan penggunaan memori dan kepantasan melayari laman web. Fungsi pocket yang diperkenalkan juga membolehkan pengguna menyimpan article ataupun laman web untuk dibaca pada kemudian masa.


Walaubagaimanapun, segala perubahan yang dilakukan menyebabkan permasalahan accessibility kepada mereka yang menggunakan pembaca skrin JAWS. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak VFO dalam blog mereka pada 25 Oktober yang lalu menyatakan bahawa disebabkan perubahan yang drastik pada Mozilla Firefox, mereka masih sedang bekerjasama dengan pihak Mozilla untuk membolehkan akses kepada pengguna perisian pembaca skrin. Setakat hari ini, pengguna Firefox dinasihatkan agar menggunakan versi Firefox ESR dan tidak naik taraf ke Firefox versi 57 buat sementara waktu sehingga permasalahan accessibility dengan JAWS dapat diselesaikan. Bagi mereka yang masih hendak menggunakan Firefox versi baru perlulah menggunakan JAWS 18 dan JAWS 2018 yang terkini, tetapi masih akan menghadapi sejumlah masalah pada pelayar web baru tersebut.


Secara ringkasnya, Firefox Extended Support Release For Organization ataupun singkatannya Firefox ESR merupakan versi pelayar yang khusus digunakan pihak organisasi seperti sekolah, universiti, mahupun syarikat. Ia adalah berdasarkan kemaskini versi umum yang mempunyai sokongan sekuriti untuk tempoh masa yang lebih lama, tetapi tidak didatangi dengan fungsi baru seperti pada versi stabil umum. Versi Firefox ESr masih menerima kemaskini sekuriti setiap bulan, tetapi versi firefox dikekalkan sehinggalah versi stabil ESR yang baru diperkenalkan. Hal ini demikian kerana kebanyakan organisasi/syarikat muntkin tidak mempunyai masa untuk melakukan kemaskini secara besar-besaran pada semua server dan komputer mereka setiap kali versi firefox baru diwujudkan, tetapi masih perlu mementingkan keselamatan bagi pengguna pelayar Firefox.


Buat masa ini, Firefox ESR adalah pada versi 52, dan boleh didapati di Laman web ini


Kemaskini: Masalah pada Firefox versi baru juga dihadapi bagi pengguna NVDA, dan dijangka akan diselesaikan secara berperingkat pada Firefox versi 58 dan firefox 59. Pihak developer NVDA masih bekerjasama dengan Mozilla untuk mencari jalan penyelesaian isu accessibility untuk Firefox baru. oleh hal yang demikian, pengguna digalakkan untuk menggunakan Mozilla Firefox versi ESR buat sementara waktu sehingga keadaan kembali seperti biasa.

Microsoft Bakal Menamatkan Tawaran Naiktaraf Percuma Ke Windows 10 Bagi Pengguna “accessibility”


Pengguna Windows 7, Windows 8, dan Windows 8.1 telah diberikan peluang untuk naiktaraf ke Windows 10 secara percuma apabila ia dilancarkan pada hujung bulan Julai 2015. Ini sebenarnya adalah kali pertama semua pengguna Windows yang tulen ataupun “genuine” boleh naiktaraf ke versi Windows yang seterusnya tanpa dikenakan sebarang bayaran. Microsoft agak bermurah hati kerana tempoh yang telah diberikan adalah selama setahun, sekaligus memberikan masa kepada pengguna untuk berfikir sama ada hendak bertukar ke Windows 10 atau sebaliknya.


Namun demikian, menyedari Windows 10 pada masa itu masih agak baru dan tidak disokong oleh kebanyakkan perisian accessibility, seperti pembaca skrin, Magnifier, dan sebagainya. Microsoft telah memberikan tempoh kepada pengguna ciri “accessibility” untuk naiktaraf ke Windows 10 selepas tamatnya tempoh naiktaraf rasmi. Kini, setelah lebih daripada setahun tempoh naiktaraf dilanjutkan, nampaknya Microsoft akan menamatkan tempoh naiktaraf ke Windows 10 untuk pengguna “accessibility” pada 31 Disember 2017.


Dalam Halaman rasmi “Windows 10 upgrade for assistive technology users”, Microsoft menyatakan bahawa pelbagai penambahbaikan dari segi accessibility telah dilakukan setelah beberapa kemaskini Windows 10 dilakukan semenjak ia dilancarkan. Oleh itu, pihak Microsoft berpendapat bahawa Windows 10 telah boleh digunakan dengan baik oleh majoriti golongan yang memerlukan ciri “accesibility”, dan menyarankan agar mereka yang layak menaiktaraf ke sistem operasi ini sebelum 31 Disember 2017. Selepas tarikh tersebut, tiada sebarang naiktaraf percuma ke Windows 10, dan pengguna perlulah membeli lesen yang sah sekiranya hendak menggunakan sistem operasi ini.


Bagi anda yang berminat tetapi belum lagi naiktaraf, bolehlah ke laman web di bawah untuk memulakan proses naiktaraf ke windows 10.



Windows 10 upgrade for assistive technology users