CIMB EVA: Alternatif bagi CIMB Clicks yang Boleh Digunakan oleh OKU Penglihatan – MYVICTCast


Perkhidmatan perbankan online telah mempermudahkan pelbagai urusan kewangan seharian kita seperti membayar bil, pemindahan wang ke akaun lain dan pembelian barangan secara online. CIMB merupakan salah sebuah bank yang terkenal di Malaysia dan perkhidmatan perbankan online mereka dikenali sebagai, CIMB Clicks.

Sekitar Mac tahun ini, saya mendengar keluhan daripada OKU penglihatan yang merupakan pengguna CIMB Clicks sama ada dari dalam MYVICT atau luar MYVICT. Menurut mereka, CIMB Clicks sudah tidak lagi mesra OKU penglihatan. Bermakna, golongan OKU penglihatan yang merupakan pengguna CIMB Clicks tidak lagi mampu melakukan transaksi kewangan online melalui CIMB Clicks. Biarpun berjaya melakukan transaksi, golongan OKU penglihatan perlu berhadapan dengan pelbagai kesukaran dan permasalahan sepanjang proses transaksi berkenaan. Ada pula yang kurang mahir terpaksa meminta bantuan orang celik untuk melaksanakan transaksi kewangan mereka. Sekali gus merencatkan kemampuan OKU penglihatan untuk berdikari dalam menguruskan aktiviti kewangan online mereka. Saya telah mencuba CIMB Clicks di platform iOS dan Windows (aplikasi dan web browser), ternyata CIMB Clicks tidak lagi dapat digunakan seperti dahulu. Kita terpaksa melalui pelbagai kesukaran ketika menggunakan CIMB Clicks. Keadaan sedemikian benar-benar mengganggu produktiviti OKU penglihatan dalam aktiviti kewangan online.

Akhirnya, setelah puas melaksanakan pelbagai eksperimen, saya telah berjaya menemui alternatif bagi CIMB Clicks yang boleh digunakan oleh OKU penglihatan. Walaupun aplikasi ini tidaklah accessible sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita yang menggunakan screen reader boleh melaksanakan transaksi online dengan sendiri tanpa perlu meminta bantuan orang celik. Setakat percubaan saya, saya berjaya memindahkan wang daripada akaun CIMB saya ke akaun CIMB isteri saya dan ke akaun Maybank saya. Semuanya dilaksanakan tanpa bantuan orang celik. Transaksi tambah nilai prepaid, pembayaran bil melalui JomPAY dan pembayaran loan dan kredit kad juga telah saya cuba. Namun, saya hanya mencuba transaksi berkenaan sehinga ke proses memasukkan nombor TAC. Sekali lagi, semua itu saya lakukan tanpa bantuan orang celik. Untuk mengetahui alternatif yang saya maksudkan, sila perdengarkan MYVICTCast di bawah.


P/S: Kredit kepada isteri saya kerana memberikan cadangan untuk perkhidmatan tersebut.


Windows 10: Panduan Menetapkan Sambungan WiFi Yang Terhad


Salah satu fungsi yang menarik sepanjang menggunakan Windows 10 ialah kebolehan untuk menetapkan WiFi tertentu sebagai “metered connection”. Bagi yang tidak tahu, fungsi metered connection diwujudkan untuk menetapkan sambungan internet yang terhad pada Windows. Ia amat berguna sekiranya anda menggunakan data yang disambung daripada hotspot telefon ataupun pelan WiFi yang mempunyai kuota bulanan. Dengan menetapkan sambungan WiFi tertentu sebagai terhad, Windows tidak akan menggunakan WiFi tersebut untuk perkhidmatan yang berfungsi di background seperti Windows Update, sekaligus dapat mengelakkan data anda habis tanpa disedari.


Namun begitu, fungsi ini hanya boleh digunakan pada sambungan WiFI sahaja. Apa-apa sambungan internet berwayar akan dianggap oleh Windows sebagai sambungan tanpa had. Untuk menetapkan WiFi tertentu sebagai metered connection, ikuti langkah berikut:


  1. Masuk ke Settings dengan menekan WindowsKey+I.
  2. Pilih Network and Internet.
  3. Tekan tab sekali untuk ke senarai list box dan pilih Wi-Fi, kemudian tekan Enter.
  4. Tekan tab beberapa kali sehingga “manage known networks, kemudian tekan enter.
  5. Sekali lagi, tekan tab beberapa kali ke senarai network, dan pilih nama WiFi yang hendak ditetapkan sebagai metered connection.
  6. Tekan enter pada nama WiFi tersebut, kemudian tab sekali ke properties button dan tekan enter.
  7. Tekan tab sehingga anda menjumpai opsyen “set as metered connection”, dan tandakan (pressed) opsyen ini.
  8. Windows akan mengingati WiFi ini sebagai connection yang terhad dan tidak akan menggunakan data anda dengan sewenang-wenangnya.


Tutorial Goldwave – Bahagian 1 – MYVICTCast


Selaku OKU penglihatan, majoriti daripada kita amat menggemari bidang audio. Namun begitu, apabila bercakap mengenai audio editing, mungkin tidak semua yang tahu untuk melakukannya. Dalam platform Android, iOS dan Windows terdapat banyak perisian untuk tujuan audio editing tetapi kali ini saya akan memfokuskan pada salah satu perisian yang terkenal dalam bidang audio iaitu, Goldwave.

Dalam episod MYVICTCast kali ini, saya akan menerangkan beberapa konsep asas dalam Goldwave, menunjukkan antara shortcut keys yang sering digunakan dan menunjukkan beberapa konfigurasi yang harus dilakukan untuk Goldwave. Bagi pengguna Jaws dan NVDA, anda boleh memuat turun Jaws scripts dan NVDA Add-Ons untuk Goldwave bagi menambah kebolehgunaan Goldwave dengan perisian pembaca skrin anda.

Sila muat turun Jaws Scripts untuk Goldwave bagi pengguna Jaws di sini.

Sila muat turun NVDA Add-Ons untuk Goldwave bagi pengguna NVDA di sini.


Dalam tutorial ini saya menggunakan setup berikut:

  • Laptop dengan Windows 10 versi 1709.
  • NVDA versi 2018.1.1.
  • Goldwave versi 6.31.

Tutorial Goldwave ini merupakan bahagian pertama, jangan lupa untuk terus bersama myvict.com untuk mengikuti bahagian kedua tutorial Goldwave. Selamat mendengar.

Kredit muzik: Game of Thrones Opening Theme

Sila klik pada link timestamp di bawah untuk skip ke bahagian yang anda mahu dengari.



00:20 – Pengenalan.
01:51 – Penerangan antaramuka Goldwave.
04:01 – Menghidupkan fungsi Auto Scroll Lock dan cara navigate antara Main window dan Controls window.
06:14 – Cara membuka audio file dalam Goldwave dan navigate antara Sound window.
13:13 – Jaws scripts dan NVDA Add-Ons untuk Goldwave.
14:13 – Memahami playback marker dan shortcut keys untuk mengawal playback marker,
16:58 – Mengawal playback marker menggunakan butang Function (F2 hingga F8).
17:51 – Memahami Zoom Level dan mengubah Zoom Level.
25:42 – Memahami start marker dan finish marker dan shortcut keys untuk mengawal start dan finish marker,
33:17 – Mengubah start dan finish marker menggunakan kaedah set selection.
42:36 – Konfigurasi beberapa tetapan bagi Goldwave.

Cara Nyahaktifkan Fungsi Auto Correct Pada Windows 10 (1803)


Sudah sekian lama fungsi auto correction wujud pada telefon pintar, akan tetapi fungsi ini masih belum menjadi kenyataan pada sistem operasi Windows. Sebelum ini fungsi auto correction hanyalah wujud pada aplikasi seperti Microsoft Office tetapi bukan pada sistem windows itu sendiri.


Pihak Microsoft akhirnya telah memperkenalkan fungsi auto correction ini pada Windows10 versi 1803 dan ia adalah fungsi yang terbina pada sistem operasi Windows 10. Walau bagaimanapun, fungsi ini agak mengganggu, kerana apabila pengguna menaip dalam bahasa Malaysia tetapi menggunakan US English keyboard ia akan mengubah ejaan secara automatik.


Untuk matikan fungsi auto correction ini, sila ikut langkah-langkah berikut:

  • Masuk ke Settings dengan menekan WindowsKey+I.
  • Pilih Devices.
  • Tekan tab sekali untuk ke senarai list box dan pilih Typing dan tekan Enter.
  • Nyah-tanda (Not press) semua fungsi yang berikut:
    1. Autocorrect misspelled words, Not press
    2. Highlight misspelled words, Not press
    3. Show text suggestions as I type on the software keyboard, Not press
    4. Add a space after I choose a text suggestion, Not press
    5. Add a period after I double-tap the Spacebar, Not press
    6. Show text suggestions as I type, Not press
    7. Show text predictions based on the recognized languages you’re typing in, Not press


Article asal ditulis oleh #dg@myvict pada kumpulan WhatsApp MYVICT.

Assistive AirAsia: Laman Web Mesra OKU Penglihatan


Update: Setakat tarikh 16 Ogos 2018, ramai yang menghadapi masalah untuk menggunakan laman sesawang ini untuk menyemak dan menempah penerbangan. Nampaknya laman sesawang ini masih kurang stabil dan memerlukan penyelenggaraan. Sebagai langkah alternatif, saya telah cuba menempah penerbangan di laman sesawang booking.airasia.com dengan menggunakan pelayar web Safari pada iPhone. Tips: apabila pada tahap pengesahan keselamatan, swipe ke kanan hingga bahagian teks yang mengehendaki kita untuk swipe ke kanan, ataupun swipe hingga ke imej selepas teks berkenaan. Tap dua kali dan tahan lalu swipe ke kanan untuk melepasi pengesahan keselamatan.


Isu accessibility pada laman web AirAsia sering menjadi perbualan dalam kalangan golongan OKU penglihatan sejak bertahun-tahun lamanya. Sama ada di mailing list mahupun kumpulan WhatsApp, isu tidak dapat menempah tiket penerbangan pasti akan dibangkitkan, dan ia berkaitan dengan struktur laman web AirAsia yang kurang mesra kepada perisian pembaca skrin. Laman web AirAsia sememangnya telah mengalami pelbagai perubahan semenjak ia diwujudkan. Perubahan ini adakalanya masih dapat diakses menggunakan perisian pembaca skrin, jika pengguna mahir untuk menggendalikan perisian pembaca skrin dan corak laman web tersebut.

Walaupun begitu, perubahan terkini yang berlaku menyebabkan pengguna OKU penglihatan tidak dapat meneruskan proses penempahan tiket setelah mengisi butiran peribadi mereka. Ini adalah kerana ciri keselamatan yang diperkenalkan mengkehendaki pengguna untuk “slide” ke kanan dengan menggunakan tetikus. (Screenshot ditunjukkan bagi mereka yang ingin melihat proses verifikasi laman tersebut).



Gambar paparan verifikasi pada laman web

AirAsia mempunyai dua URL di bawah domain airasia.com yang boleh digunakan untuk menempah tiket penerbangan. URL tersebut adalah:

  1. airasia.com
  2. booking.airasia.com


Kini, kedua-dua URL ini memerlukan proses verifikasi seperti di atas apabila hendak menempah tiket penerbangan. Mujurlah pihak AirAsia telah mewujudkan satu laman khas untuk digunakan oleh kita yang bermasalah penglihatan. Laman yang dimaksudkan ialah Assistive AirAsia. Laman web ini bukan sahaja accessible kepada pengguna perisian pembaca skrin, malah pengguna yang rabun turut boleh menetapkan sais font dan warna paparan pada bahagian assistive option. Daripada cubaan yang dilakukan, kaedah untuk memilih destinasi penerbangan juga lebih mudah berbanding pada laman web asal. Laman web ini boleh diakses menggunakan Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Internet Explorer. Cubaan untuk melayari laman web ini menggunakan Safari di iOS juga tiada masalah.


Dengan itu, nampaknya permasalahan golongan OKU penglihatan yang sukar untuk menempah tiket penerbangan kini telah diselesaikan oleh pihak AirAsia. Terima kasih AirAsia kerana sentiasa berusaha untuk merealisasikan moto “everyone can fly”.


Kepada Mereka yang hendak menempah tiket AirAsia, bolehlah layari pautan berikut: