Reset This PC: Fungsi Reset pada Windows 10 (Bahagian 2) – MYVICTCast


Rakan-rakan OKU penglihatan yang mahu mempelajari cara Reset dalam Windows 10, sila perdengarkan MYVICTCast di bawah. Audio tutorial di bawah menunjukkan langkah-langkah Reset Windows 10 daripada awal hingga akhir. MYVICTCast ini terbahagi kepada dua bahagian, sekiranya anda terlepas bahagian pertama, sila klik di sini untuk mendengar bahagian 1.


Perhatian: Sila pastikan anda menggunakan Windows 10 versi terbaru iaitu 1803, bagi mendapatkan pengalaman penggunaan Narrator yang terbaik.


Sila klik pautan timestamp di bawah untuk skip ke bahagian yang anda mahu dengari.

00:23 – Memulakan proses first time setup.
02:13 – Menyahaktifkan fungsi “Voice Control” untuk Cortana dan mengubah tahap volume.
04:07 – Menetapkan bahasa dan layout papan kekunci.
06:26 – Memilih sambungan network (WiFi/LAN).
09:34 – License agreement.
10:30 – Membuat akaun pengguna menggunakan Microsoft account atau local account.
13:51 – Membuat tetapan Privacy.
17:07 – “Getting your PC ready” dan masuk ke desktop (proses Reset selesai).
19:23 – Memeriksa driver komponen komputer dalam Device Manager.

Reset This PC: Fungsi Reset pada Windows 10 (Bahagian 1) – MYVICTCast


Sudah menjadi kelaziman bagi pengguna sistem operasi Windows untuk melakukan clean reinstall Windows atau format sekali dalam setahun atau dua tahun. Lebih-lebih lagi apabila komputer sudah menjadi lembab dan tidak selancar dulu. Selain itu, jangkitan virus juga sering membawa kepada perlunya melakukan clean reinstall/format. Bagi mereka yang tidak tahu cara format, jalan mudah adalah dengan menghantar komputer ke kedai. Mereka yang berkemahiran pula akan melakukannya sendiri tanpa masalah.


Dengan datangnya sistem operasi Windows 10, kerja-kerja format boleh dilaksanakan dengan lebih mudah oleh sesiapa saja. Lebih-lebih lagi bagi golongan OKU penglihatan yang kadangkala memerlukan bantuan orang celik dan bergantung dengan kelengkapan tertentu. Sebelum ini, untuk format komputer, OKU penglihatan perlu menggunakan Talking Windows Pre-Environment dan kadangkala memerlukan bantuan orang celik pada bahagian boot option screen. Membuatkan seseorang OKU penglihatan tidak dapat berdikari sepenuhnya untuk melaksanakan kerja-kerja format komputer. Semua ini akan berubah dengan adanya Windows 10 yang didatangkan dengan fungsi “Reset”.


Opsyen Reset dalam Windows 10 hampir menyerupai format, bezanya, Reset dilakukan dalam sistem operasi itu sendiri. Penambahbaikan yang dilakukan pada Narrator juga telah meningkatkan tahap mesra OKU penglihatan sistem operasi terkini daripada Microsoft. Sekali gus, membolehkan OKU penglihatan memanfaatkan fungsi Reset ini sepenuhnya secara berdikari tanpa memerlukan bantuan orang celik dan kelengkapan tambahan.


Rakan-rakan OKU penglihatan yang mahu mempelajari cara Reset dalam Windows 10, sila perdengarkan MYVICTCast di bawah. Audio tutorial di bawah menunjukkan langkah-langkah Reset Windows 10 daripada awal hingga akhir. MYVICTCast ini terbahagi kepada dua bahagian, sila klik di sini untuk pergi ke bahagian 2.


Perhatian: Sila pastikan anda menggunakan Windows 10 versi terbaru iaitu 1803, bagi mendapatkan pengalaman penggunaan Narrator yang terbaik.


Sila klik pautan timestamp di bawah untuk skip ke bahagian yang anda mahu dengari.

00:23 – Pengenalan.
01:27 – Membuka opsyen Reset This PC.
04:37 – Penjelasan opsyen “Keep My Files” dan “Remove everything”.
08:12 – Penjelasan opsyen “Only the drive where Windows is installed”, “All drives” dan “Show me the list of drives that will be affected”.
10:29 – Penjelasan “Just remove my files” dan “Remove files and clean the drive”.
12:22 – Memulakan proses Reset.
13:07 – Mengaktifkan Narrator semasa proses Reset.
14:30 – Proses pemasangan Windows 10 bermula.
17:01 – Memulakan first time setup Windows 10 (akan bersambung).

Apa Itu JomPAY?


JomPAY merupakan sebuah perkhidmatan yang membolehkan pembayaran bil dibuat dengan sokongan lebih 40 bank di Malaysia. Ia bertindak sebagai agensi yang mengumpulkan syarikat perniagaan supaya pengguna dapat membayar bil mereka secara atas talian tanpa perlu ke kaunter. Dengan penggunaan Internet yang meluas, JomPAY merupakan kemudahan yang harus dimanfaatkan, lebih-lebih lagi untuk mereka yang sukar bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.


Syarat untuk menggunakan JomPAY hanya memerlukan anda mempunyai tiga perkara, iaitu perbankan internet (internet banking), dan kod bil atau biller code institusi/penyedia perkhidmatan, dan nombor akaun yang hendak dibayar. Kebanyakkan syarikat seperti Astro, Telekom Malaysia, PTPTN dan sebagainya turut berdaftar di bawah JomPAY, kerana mereka ingin memudahkan bayaran bil oleh pelanggan-pelanggan mereka. Berikut disenaraikan sejumlah biller code sebagai panduan untuk anda ketika menggunakan JomPAY.


  1. 9639 ASTRO
  2. 2881 CELCOM
  3. 1016 DIGI
  4. 1123 MAXIS
  5. 5454 TENAGA NASIONAL BERHAD
  6. 2345 TM TELEPHONE & MULTIMEDIA
  7. 8888 TM UNIFI
  8. 88880 U-MOBILE
  9. 3608 WEBE


Untuk mendapatkan lebih banyak biller code, anda boleh melayari laman berikut. Anda turut boleh melihat soalan-soalan lazim (FAQS) mengenai JomPAY pada laman ini.


Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, kami turut menyediakan audio tutorial dalam sebuah episod MYVICTCast khusus untuk pengguna perisian pembaca skrin pada pautan ini untuk menunjukkan kaedah pembayaran menggunakan JomPAY. Kami berharap agar ia dapat memberikan manfaat, khususnya kepada pengguna yang baru hendak menceburi pembayaran bil secara atas talian.


JomPAY: Kaedah Alternatif Pembayaran Bil – MYVICTCast


JomPAY, adakah rakan-rakan OKU penglihatan di luar sana tahu tentang JomPAY dan cara penggunaannya? Dalam episod MYVICTCast kali ini, saya akan berkongsi tentang JomPAY dan cara pembayaran bil menggunakan JomPAY melalui laman web Maybank2U.


Untuk mengetahui cara penggunaan JomPAY dengan perisian pembaca layar dan gambaran jelas mengenai JomPAY, sila perdengarkan MYVICTCast di bawah.


Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan JomPAY.


iTunes pada Windows Gagal Mengesan iPhone/iPad/iPod


Pernahkah anda menghadapi situasi di mana sesudah peranti (iPhone/iPad/iPod) disambungkan ke komputer melalui kabel USB tetapi tidak dapat dikesan oleh iTunes? Sila ikuti langkah-langkah awal di bawah untuk troubleshoot permasalahan berkenaan.


  • Sekiranya masih menggunakan iTunes versi lama, cuba kemas kini ke versi yang terkini dan cuba sambungkan peranti sekali lagi.
  • Masalah mungkin berpunca daripada port USB, cuba sambungkan kabel USB peranti pada setiap port USB yang terdapat pada komputer.
  • Ada kemungkinan kabel USB bermasalah, maka cuba gunakan kabel USB Apple yang lain.
  • Pastikan sentiasa mengawasi peranti agar dapat memberikan respon jika terdapat sebarang alert seperti memilih Trust pada alert “Trust this Computer”.


Seandainya peranti iPhone/iPad/iPod masih tidak muncul dalam iTunes biarpun setelah mengikuti kesemua langkah di atas, sila ikuti langkah-langkah di bawah.

Peringatan: Memandangkan iTunes juga boleh dimuat turun melalui Microsoft Store selain daripada laman sesawang Apple, sila ikuti langkah di bawah berdasarkan daripada mana iTunes berkenaan diperolehi.

P/S: Kesemua langkah di bawah adalah berdasarkan penggunaan perisian pembaca skrin seperti NVDA, JAWS dan Narrator.


iTunes daripada Microsoft Store


    1. Pastikan skrin peranti tidak terkunci, sambungkan peranti pada komputer menggunakan kabel USB.
    2. Jikalau iTunes terbuka, fokus pada iTunes dan tekan kombinasi butang Alt+F4 untuk menutup iTunes.
    3. Tekan kombinasi butang Windows+R untuk membuka tetingkap Run.
    4. Dalam petak Run, taip: devmgmt.msc kemudian tekan butang Enter untuk membuka tetingkap Device Manager.
    5. Selepas Device Manager terbuka, tekan butang Tab sekali, akan kedengaran pembaca skrin menyebut “Tree View”. Sesudah itu, tekan butang arrow bawah sehingga menjumpai Portable Devices.
    6. Sekarang, tekan butang arrow kanan sekali, akan kedengaran pembaca skrin menyebut “expanded”. Kemudian, tekan arrow bawah sehingga menemui Apple iPhone. Pada Apple iPhone, teekan butang Application lalu tekan butang arrow bawah sehingga ke Update driver dan tekan butang Enter.
    7. Sebuah tetingkap akan terbuka, tekan butang Spacebar pada Search automatically for updated driver software, Windows will search your computer and the Internet for the latest driver software for your device. Proses kemas kini driver akan berjalan, apabila selesai tekan butang Tab ke butang Close, Completes the wizard dan tekan butang Spacebar.
    8. Sekarang, cuba lihat pada Windows Update jika terdapat sebarang kemas kini yang berkaitan. Caranya, tekan kombinasi butang Windows+I untuk membuka tetingkap Settings, kemudian tekan butang Tab ke senarai tetapan, lalu tekan butang arrow kanan sehingga menjumpai Update & Security dan tekan butang Enter.
    9. Tetingkap akan fokus pada skrin Update & Security, tekan butang Tab untuk ke sebuah senarai. Dalam senarai ini, pastikan fokus berada pada Windows Update dan tekan butang Enter untuk pastikan Windows Update dipilih. Seterusnya, tekan butang Tab ke butang Check for Updates dan tekan butang Spacebar untuk periksa kalau ada sebarang senarai kemas kini yang boleh dimuat turun dan dipasang. Seandainya terdapat sebarang kemas kini, anda perlu restart komputer untuk menyelesaikan proses muat turun dan pemasangan kemas kini tersebut.
    10. Terakhir sekali, buka iTunes dan periksa sama ada peranti sudah berjaya dikesan atau tidak. Jika menggunakan iPhone, tekan butang Tab berulang kali sehingga menemui butang iPhone.


iTunes daripada Laman Sesawang Apple


    1. Sambungkan peranti ke komputer menggunakan kabel USB. Jika iTunes terbuka, tekan butang Alt+F4 untuk menutup iTunes.
    2. Tekan kombinasi butang Windows+R untuk membuka Run. Dalam petak Run taip,

    %ProgramFiles%\Common Files\Apple\Mobile Device Support\Drivers

    dan tekan butang Enter.
    3. Sebuah folder akan terbuka yang mengandungi beberapa file. Jika menggunakan sistem operasi 64 bit, cari file bernama usbaapl64.inf manakala cari file bernama usbaapl.inf jikalau menggunakan sistem operasi 32 bit.
    4. Pada file usbaapl64.inf atau usbaapl.inf, tekan butang Application dan tekan butang arrow bawah ke Install dan tekan butang Enter.
    5. Nada bunyi akan kedengaran seperti peranti dicabut daripada port USB kemudian disambungkan semula. Satu tetingkap akan muncul dengan teks “The operation completed successfully” menandakan proses Install telah berjaya, hanya tekan butang Spacebar pada OK untuk menutup tetingkap berkenaan.
    6. Sekarang cabut peranti daripada komputer dan Restart komputer. Sesudah komputer hidup kembali, cuba sambungkan peranti melalui kabel USB dan buka iTunes, pperiksa sekiranya peranti iPhone/iPad/iPod sudah beerjaya dikesan oleh iTunes.


Peranti masih tidak dikesan oleh iTunes


Sekiranya peranti masih tidak dikesan oleh iTunes, sila ikuti langkah berikut:


  • Tekan kombinasi butang Windows+R untuk membuka Run dan taip devmgmt.msc lalu tekan butang Enter untuk membuka Device Manager.
  • Setelah Device Manager terbuka, tekan butang Tab, selepas itu tekan butang End atau butang arrow bawah sehingga menjumpai Universal Serial Bus controllers. Kemudian, tekan arrow kanan sekali untuk expand dan tekan arrow bawah untuk mencari Apple Mobile Device USB Driver.
  • Jika tidak menjumpai Apple Mobile Device USB Driver, cuba cabutkan peranti daripada komputer dan sambungkan semula.
  • Seandainya masih tidak muncul di iTunes, cuba Install sekali lagi usbaapl64.inf atau usbaapl.inf seperti langkah di atas.


Semoga tips di atas muda diikuti oleh rakan-rakan OKU penglihatan dan sekali gus dapat membantu menyelesaikan masalah peranti iPhone/iPad/iPod yang tidak dikesan oleh iTunes.