Assistive AirAsia: Laman Web Mesra OKU Penglihatan


Update: Setakat tarikh 16 Ogos 2018, ramai yang menghadapi masalah untuk menggunakan laman sesawang ini untuk menyemak dan menempah penerbangan. Nampaknya laman sesawang ini masih kurang stabil dan memerlukan penyelenggaraan. Sebagai langkah alternatif, saya telah cuba menempah penerbangan di laman sesawang booking.airasia.com dengan menggunakan pelayar web Safari pada iPhone. Tips: apabila pada tahap pengesahan keselamatan, swipe ke kanan hingga bahagian teks yang mengehendaki kita untuk swipe ke kanan, ataupun swipe hingga ke imej selepas teks berkenaan. Tap dua kali dan tahan lalu swipe ke kanan untuk melepasi pengesahan keselamatan.


Isu accessibility pada laman web AirAsia sering menjadi perbualan dalam kalangan golongan OKU penglihatan sejak bertahun-tahun lamanya. Sama ada di mailing list mahupun kumpulan WhatsApp, isu tidak dapat menempah tiket penerbangan pasti akan dibangkitkan, dan ia berkaitan dengan struktur laman web AirAsia yang kurang mesra kepada perisian pembaca skrin. Laman web AirAsia sememangnya telah mengalami pelbagai perubahan semenjak ia diwujudkan. Perubahan ini adakalanya masih dapat diakses menggunakan perisian pembaca skrin, jika pengguna mahir untuk menggendalikan perisian pembaca skrin dan corak laman web tersebut.

Walaupun begitu, perubahan terkini yang berlaku menyebabkan pengguna OKU penglihatan tidak dapat meneruskan proses penempahan tiket setelah mengisi butiran peribadi mereka. Ini adalah kerana ciri keselamatan yang diperkenalkan mengkehendaki pengguna untuk “slide” ke kanan dengan menggunakan tetikus. (Screenshot ditunjukkan bagi mereka yang ingin melihat proses verifikasi laman tersebut).



Gambar paparan verifikasi pada laman web

AirAsia mempunyai dua URL di bawah domain airasia.com yang boleh digunakan untuk menempah tiket penerbangan. URL tersebut adalah:

  1. airasia.com
  2. booking.airasia.com


Kini, kedua-dua URL ini memerlukan proses verifikasi seperti di atas apabila hendak menempah tiket penerbangan. Mujurlah pihak AirAsia telah mewujudkan satu laman khas untuk digunakan oleh kita yang bermasalah penglihatan. Laman yang dimaksudkan ialah Assistive AirAsia. Laman web ini bukan sahaja accessible kepada pengguna perisian pembaca skrin, malah pengguna yang rabun turut boleh menetapkan sais font dan warna paparan pada bahagian assistive option. Daripada cubaan yang dilakukan, kaedah untuk memilih destinasi penerbangan juga lebih mudah berbanding pada laman web asal. Laman web ini boleh diakses menggunakan Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Internet Explorer. Cubaan untuk melayari laman web ini menggunakan Safari di iOS juga tiada masalah.


Dengan itu, nampaknya permasalahan golongan OKU penglihatan yang sukar untuk menempah tiket penerbangan kini telah diselesaikan oleh pihak AirAsia. Terima kasih AirAsia kerana sentiasa berusaha untuk merealisasikan moto “everyone can fly”.


Kepada Mereka yang hendak menempah tiket AirAsia, bolehlah layari pautan berikut:


Kongsikan pada Media Sosial Anda

Leave a Reply

Switch to mobile version