Apple Melancarkan iOS 10 Untuk iPhone, iPad, dan iPod


Apple telah pun melancarkan iOS 10 awal pagi tadi, seminggu selepas acara media yang diadakan di Santfrancisco. Melalui sistem operasi yang terkini, Apple menyertakan sejumlah pembaharuan padanya. Berikut adalah antara pembaharuan yang terdapat pada iOS 10.


  • Integrasi Siri pada aplikasi pihak ketiga
  • Apple memperkenalkan SiriKit SDK untuk membolehkan pembangun aplikasi untuk mengintegrasikan Siri pada aplikasi mereka. Integrasi Siri pada masa ini hanya boleh disokong untuk perkhidmatan pengangkutan, carian gambar, pembayaran,panggilan VoIP, permesejan, dan senaman. Ini bermakna anda boleh menggunakan Siri pada aplikasi yang tergolong dalam kategori tersebut jika pembangun aplikasi telah mengintegrasikan sokongan Siri. Misalnya, anda boleh memberitahu Siri untuk menghantar mesej melalui WhatsApp, ataupun membuat panggilan kepada seseorang melalui aplikasi Skype.

  • Raise to wake membolehkan anda mengaktifkan lock screen dengan hanya mengangkat telefon
  • Fungsi ini hanya disokong oleh iPhone 6S dan keatas.

  • Nafas baru untuk lock screen
  • Paparan lock screen telah diberikan wajah baru. Kini anda boleh mengakses notifikasi pada lock screen dengan menggunakan 3d Touch, di samping mengakses widget dan juga camera.

  • Papan kekunci pada iOS 10 membolehkan anda menaip dengan menggunakan dua bahasa pada sesuatu masa.
  • Kebolehan membuang aplikasi asal
  • Sejumlah aplikasi asal yang tidak digunakan pada peranti pintar anda boleh dibuang, dan dimuat turun kembali melalui AppStore jika ia diperlukan pada masa hadapan.

  • Apple Maps kini lebih proaktif dalam memberikan cadangan laluan berdasarkan aktiviti harian anda, dan membolehkan anda menempah kenderaan Uber melaluinya.


iOS10 boleh dimuat turun oleh pengguna iPhone 5 dan keatas, iPad Air dan keatas, iPad Mini 2 dan keatas, iPad Pro, iPad 4 dan keatas, dan iPod Touch 6. Proses muat turun boleh dilakukan melalui software update pada peranti, ataupun dengan menyambungkan peranti pada komputer dan menggunakan perisian iTune untuk proses kemaskini.


Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh melihat article yang diterbitkan di Applevis pada Pautan ini, dan juga ciri-ciri aksesibiliti yang terdapat pada iOS 10 di What’s New in iOS 10 Accessibility for Blind, Low Vision and Deaf-blind Users


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *