Apple Memperkenalkan Jam Pintar, Sistem Operasi Baru


Selain mengumumkan iPhone baru pagi tadi, Apple turut melancarkan jam tangan pintar generasi kedua, iaitu Apple Watch Series 2 dan Apple Watch Nike+. Jam tangan Apple ini masih mengekalkan rekaan seperti generasi pertama, tetapi telah ditambah baik dengan paparan yang dua kali ganda lebih jelas, pemproses S2 yang 50% lebih pantas serta fungsi GPS dan kalis air sehingga 50 meter. Apple Watch series 2 kelak akan menggunakan sistem operasi Watch OS 3.


Melalui GPS yang tersedia, pengguna boleh mengukur langkah mereka ketika bersenam tanpa perlu bergantung kepada penggunaan iPhone. Di samping itu, kebolehan kalis air sehingga 50 meter juga membolehkan Apple Watch digunakan ketika berenang.


Seperti sebelumnya, Apple watch hadir dalam pelbagai variasi, dan harga tempatan untuknya telahpun dikongsikan oleh Apple Malaysia. Sila layari laman web Apple Watch untuk melihat senarai harga dan variasi yang ada.




Dalam perkembangan lain pula, Apple turut memperkenalkan sistem operasi baru, iaitu iOS 10, Watch OS 3, dan Apple macOS Sierra.
iOS 10 dan Watch OS 3 akan dilancarkan kepada umum bermula 13 September. Di samping itu, iOS 10 hanya akan menyokong iPhone 5 dan keatas.


Bagi macOS Sierra pula, ia akan dilancarkan pada 20 September, seminggu selepas pelancaran iOS 10 dan Watch OS 3. Pengguna boleh menaiktaraf sistem operasi Mac mereka kepada macOS Sierra secara percuma.


Seperti yang diketahui ramai, terdapat sejumlah perubahan besar pada iOS dan juga macOS yang baru. Walaubagaimanapun, sama-samalah kita menunggu pelancaran sistem operasi baru daripada Apple untuk melihat perkara yang telah diubah ataupun ditambahbaik.


Kongsikan pada Media Sosial Anda

Leave a Reply

Switch to mobile version