Update iOS di iPhone Menggunakan iTune di Komputer (MYVICTCast)


Kemaskini iOS daripada Apple boleh dimuat turun menerusi dua kaedah iaitu Over the Air (OTA) dan iTune. Lazimnya, kebanyakan pengguna akan menggunakan kaedah OTA kerana lebih mudah. Sedangkan, kemaskini melalui iTune mempunyai kelebihan tertentu berbanding kaedah OTA yang tidak akan saya bincangkan di sini (kemungkinan satu posting akan dibuat untuk topik OTA dan iTune).

Bagi pengguna OKU penglihatan pula, salah satu lagi faktor utama mereka memilih kaedah OTA adalah disebabkan oleh perisian iTune itu sendiri. Keluhan yang saya sering dengar tentang iTune di platform Windows mengatakan bahawa iTune kurang mesra pengguna dengan perisian pembaca skrin. Tidak kisah pengguna Jaws atau NVDA, kedua-dua meluahkan permasalahan yang serupa. Mereka mengatakan antaramuka iTune sukar difahami dan sukar untuk navigate. Justeru itu, saya menghasilkan audio tutorial kali ini dengan harapan dapat membantu mereka yang menghadapi kesukaran melakukan update iOS dengan iTune.

Selamat mendengar dan semoga bermanfaat.


P/S: Mohon maaf atas gangguan bunyi dalam rakaman.

Kredit Muzik: The Rains of Castamere daripada Game of Thrones.

Tutorial Torrent Bahagian 1 – MYVICTCast


Torrent? Adakah anda tahu apa itu torrent? Menerusi pengalaman saya, masih ramai OKU penglihatan di Malaysia yang tidak tahu tentang torrent, apatah lagi menggunakan torrent. Maka wujud permintaan untuk saya menghasilkan tutorial ini. Seperti yang anda dapat lihat, ini merupakan bahagian satu kerana tutorial ini terbahagi kepada empat bahagian.


Dalam bahagian satu, saya lebih banyak membuat penerangan untuk membantu anda memahami tentang dunia torrent. Sekiranya anda benar-benar mahu mempelajari dan memahami dunia torrent, sila dengar bahagian satu tutorial ini kerana penjelasan saya merangkumi kebanyakan perkara asas dalam dunia torrent. Antara perkara-perkara yang saya sentuh dalam bahagian satu adalah:

  • Istilah-istilah seperti “torrent, seeder, leech, peers, tracker” dan banyak lagi.
  • Bagaimana torrent berfungsi.
  • Kelebihan dan kekurangan menggunakan torrent dan beberapa lagi perkara lain.


Penafian: Tutorial ini hanya bertujuan untuk berkongsi ilmu dan tidak bertujuan untuk menggalakkan atau menyokong sebarang aktiviti cetak rompak/“piracy”.

Tutorial Torrent Bahagian 2 – MYVICTCast


Adakah anda telah mengikuti tutorial bahagian satu dan telah memahami tentang torrent? Sekarang mari kita pergi ke bahagian dua di mana saya akan memuat turun salah satu perisian torrent client yang biasa digunakan iaitu “uTorrent”. Saya juga akan memasang perisian uTorrent ke komputer saya dan menunjukkan serba sedikit antarmuka perisian ini.


Sekiranya anda ingin memuat turun perisian torrent client, sila klik dua pautan di bawah mengikut sistem operasi yang digunakan:


uTorrent for Windows
uTorrent for Mac


Penafian: Tutorial ini hanya bertujuan untuk berkongsi ilmu dan tidak bertujuan untuk menggalakkan atau menyokong sebarang aktiviti cetak rompak/“piracy”.

Tutorial Torrent Bahagian 3 – MYVICTCast


Sekarang, tibalah bahagian yang dinanti-nantikan, bahagian di mana saya akan mula mencari fail torrent dan menunjukkan proses memuat turun dengan torrent. Saya juga memberikan serba sedikit tips cara untuk mencari torrent yang berkualiti. Dua laman sesawang yang saya gunakan dalam bahagian ini hanyalah sebagai contoh dan terdapat banyak lagi laman sesawang torrent yang lain. Selain itu, saya juga menunjukkan cara memuat turun torrent dengan “magnet link”.


Penafian: Tutorial ini hanya bertujuan untuk berkongsi ilmu dan tidak bertujuan untuk menggalakkan atau menyokong sebarang aktiviti cetak rompak/“piracy”.

Tutorial Torrent Bahagian 4 – MYVICTCast


Bahagian empat merupakan bahagian terakhir tutorial ini. Dalam bahagian ini, saya menunjukkan beberapa konfigurasi yang boleh anda lakukan untuk torrent client anda dan dalam kes ini adalah “uTorrent”. Dalam situasi tertentu, mungkin ada manfaatnya sekiranya anda tahu serba sedikit konfigurasi yang boleh anda lakukan dengan uTorrent.


Di sini saya berharap tutorial torrent ini akan memberikan manfaat kepada mereka yang memerlukan. Selamat mendengar dan selamat bertorrent.


Penafian: Tutorial ini hanya bertujuan untuk berkongsi ilmu dan tidak bertujuan untuk menggalakkan atau menyokong sebarang aktiviti cetak rompak/“piracy”.

Demonstrasi Apple TV – MYVICTCast


Salam sejahtera semua.

Dalam episod MYVICTCast kali ini, saya akan membuat demonstrasi tentang salah satu jenis TV pintar (Smart TV) yang ada di pasaran iaitu Apple TV.


Model Apple TV yang akan digunakan dalam demonstrasi ini adalah Apple TV generasi ketiga. Harap MYVICTCast kali ini akan memberikan sedikit pendedahan dan pengetahuan kepada anda di luar sana yang mungkin tidak tahu tentang Apple TV. Selamat mendengar.


P/S: Saya memohon maaf atas suara Voiceover yang mungkin agak perlahan tapi masih boleh didengar.

Media Converter Untuk Android – MYVICTCast


MYVICTCast kali ini memperkenalkan Media Converter untuk Android.


Muat turun Media Converter dari Playstore


Codec tambahan diperlukan untuk menyokong Media Converter, ikut arahan selanjutnya apabila mulakan Media Converter buat kali pertama.


Selamat mencuba.


Upgrade ke Windows 10 Bahagian 1 – MYVICTCast


Windows 10, saya pasti ramai yang sudah mendengar tentang sistem operasi terkini daripada Microsoft ini. Semua pengguna Windows 7, Windows 8 dan Windows 8.1 boleh naik taraf ke Windows 10 secara percuma sejak 29 Julai 2015 sehinggalah penghujung Julai tahun ini.


Saya yakin masih ada yang belum menaik taraf sistem operasi sedia ada ke Windows 10 dan tidak tahu caranya untuk menaik taraf ke Windows 10. MYVICTCast kali ini akan menjelaskan dan menunjukkan anda cara-cara untuk naik taraf ke Windows 10 dengan menggunakan dua kaedah iaitu menggunakan fail ISO Windows 10 dan menggunakan Microsoft Media Creation Tool. MYVICTCast kali ini dibahagi kepada tiga bahagian. Dalam bahagian pertama ini kita akan membuat persiapan dan menyediakan perkara-perkara yang perlu sebelum memulakan proses naik taraf ke Windows 10.


Upgrade ke Windows 10 Bahagian 2 – MYVICTCast


Setelah kita selesai dengan segala persiapan dalam bahagian 1, sekarang kita akan mulakan proses naik taraf dengan kaedah yang pertama dalam MYVICTCast episod kali ini..