Upgrade ke Windows 10 Bahagian 1 – MYVICTCast


Windows 10, saya pasti ramai yang sudah mendengar tentang sistem operasi terkini daripada Microsoft ini. Semua pengguna Windows 7, Windows 8 dan Windows 8.1 boleh naik taraf ke Windows 10 secara percuma sejak 29 Julai 2015 sehinggalah penghujung Julai tahun ini.


Saya yakin masih ada yang belum menaik taraf sistem operasi sedia ada ke Windows 10 dan tidak tahu caranya untuk menaik taraf ke Windows 10. MYVICTCast kali ini akan menjelaskan dan menunjukkan anda cara-cara untuk naik taraf ke Windows 10 dengan menggunakan dua kaedah iaitu menggunakan fail ISO Windows 10 dan menggunakan Microsoft Media Creation Tool. MYVICTCast kali ini dibahagi kepada tiga bahagian. Dalam bahagian pertama ini kita akan membuat persiapan dan menyediakan perkara-perkara yang perlu sebelum memulakan proses naik taraf ke Windows 10.


Upgrade ke Windows 10 Bahagian 3 – MYVICTCast


Adakah anda telah mendengar bahagian kedua dan dapat mengikutinya? Bahagian 3 ini merupakan salah satu lagi kaedah anda boleh naik taraf ke Windows 10. Selamat mendengar dan semoga anda akan lebih yakin untuk melakukan kerja-kerja naik taraf ke Windows 10 di komputer anda.


Pindahkan Contacts dari Nokia (Symbian) ke iPhone (iOS) – MYVICTCast


Episod MYVICTCast kali ini kita akan lihat bagaimana kita boleh memindahkan contacts dari Nokia ke iPhone.


Saya pasti ada dalam kalangan pengguna iPhone yang masih tertanya-tanya bagaimana untuk memindahkan ratusan contacts dari telefon Nokia ke telefon pintar iPhone mereka dengan mudah.


MYVICTCast di bawah diharapkan dapat membantu menyelesaikan masalah berkenaan.