Info Penting Bagi Pengguna Mozilla Firefox dan Perisian Pembaca Skrin





Video di atas menunjukkan pelancaran Mozilla Firefox versi baru yang dikenali sebagai Project Quantum. Pelayar web ini menggunakan enjin baru di samping membawa pelbagai perubahan dari segi antaramuka, kecekapan penggunaan memori dan kepantasan melayari laman web. Fungsi pocket yang diperkenalkan juga membolehkan pengguna menyimpan article ataupun laman web untuk dibaca pada kemudian masa.


Walaubagaimanapun, segala perubahan yang dilakukan menyebabkan permasalahan accessibility kepada mereka yang menggunakan pembaca skrin JAWS. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak VFO dalam blog mereka pada 25 Oktober yang lalu menyatakan bahawa disebabkan perubahan yang drastik pada Mozilla Firefox, mereka masih sedang bekerjasama dengan pihak Mozilla untuk membolehkan akses kepada pengguna perisian pembaca skrin. Setakat hari ini, pengguna Firefox dinasihatkan agar menggunakan versi Firefox ESR dan tidak naik taraf ke Firefox versi 57 buat sementara waktu sehingga permasalahan accessibility dengan JAWS dapat diselesaikan. Bagi mereka yang masih hendak menggunakan Firefox versi baru perlulah menggunakan JAWS 18 dan JAWS 2018 yang terkini, tetapi masih akan menghadapi sejumlah masalah pada pelayar web baru tersebut.


Secara ringkasnya, Firefox Extended Support Release For Organization ataupun singkatannya Firefox ESR merupakan versi pelayar yang khusus digunakan pihak organisasi seperti sekolah, universiti, mahupun syarikat. Ia adalah berdasarkan kemaskini versi umum yang mempunyai sokongan sekuriti untuk tempoh masa yang lebih lama, tetapi tidak didatangi dengan fungsi baru seperti pada versi stabil umum. Versi Firefox ESr masih menerima kemaskini sekuriti setiap bulan, tetapi versi firefox dikekalkan sehinggalah versi stabil ESR yang baru diperkenalkan. Hal ini demikian kerana kebanyakan organisasi/syarikat muntkin tidak mempunyai masa untuk melakukan kemaskini secara besar-besaran pada semua server dan komputer mereka setiap kali versi firefox baru diwujudkan, tetapi masih perlu mementingkan keselamatan bagi pengguna pelayar Firefox.


Buat masa ini, Firefox ESR adalah pada versi 52, dan boleh didapati di Laman web ini


Kemaskini: Masalah pada Firefox versi baru juga dihadapi bagi pengguna NVDA, dan dijangka akan diselesaikan secara berperingkat pada Firefox versi 58 dan firefox 59. Pihak developer NVDA masih bekerjasama dengan Mozilla untuk mencari jalan penyelesaian isu accessibility untuk Firefox baru. oleh hal yang demikian, pengguna digalakkan untuk menggunakan Mozilla Firefox versi ESR buat sementara waktu sehingga keadaan kembali seperti biasa.

Kemaskini JAWS 17.0.2619 dikeluarkan



Sehari sebelum kemaskini Windows 10 diperkenalkan, pihak Freedom Scientific telah mengeluarkan kemaskini terbaru JAWS, iaitu JAWS 17.0.2619. Apabila versi JAWS ini digunakan pada versi baru Windows 10 yang bakal dikeluarkan, JAWS berkebolehan untuk memberitahu Windows agar tidak menggunakan Microsoft Edge sebagai pelayar utama apabila Cortana search digunakan. Sebaliknya jika perisian JAWS sedang berjalan, segala carian melalui Cortana pada Windows 10 akan dipaparkan menggunakan pelayar web yang ditetapkan sebagai pelayar asal oleh pengguna Windows 10. Perubahan ini tidak akan berfungsi pada versi Windows 10 yang ada sekarang.


Selain itu, versi terbaru ini turut memperbaiki beberapa masalah yang dialami oleh pengguna JAWS pada aplikasi Windows Live Mail, Microsoft Outlook 2013 dan keatas, serta Internet explorer 11. Berikut merupakan senarai perubahan yang dipetik daripada laman web Freedom Scientific.

Enhancements in JAWS 17.0.2619 (August 2016)


The following is a list of improvements made between the JAWS 17 July 2016 release and the August 2016 update.

  • Beginning with the Windows 10 Anniversary Edition released by Microsoft in August 2016, when JAWS starts, it now tells Windows 10 that you are using JAWS and asks Windows to avoid forcing you into Edge when searching the web using Cortana. As a result, Cortana web searches will instead be done using the default browser you have specified in Windows 10. This JAWS change will have no impact in prior Windows 10 releases.
  • You can now use contracted braille input when typing in the Windows 10 Search edit box as well as in the edit fields in many Modern apps including the Windows 10 Mail app.
  • Resolved a customer reported issue where extraneous information was being spoken by JAWS when opening a message in Windows Live Mail.
  • Addressed a customer reported issue with the SayTaskBar script not working as expected.
  • Resolved a reported issue where JAWS was not correctly reading form fields on certain web pages in Internet Explorer 11.
  • Addressed a reported issue where pressing keys on a braille display were sometimes triggering unexpected actions in various applications.
  • When focused on a calendar appointment in Outlook 2013 and later, pressing INSERT+F1 now displays screen-sensitive help specific to the calendar as expected. In addition, pressing INSERT+CTRL+D now works as expected to announce the current date.
  • When using the ALT+NUMBER ROW keystrokes to read the contents of the various fields in a meeting request in Outlook 2013 and later, resolved an issue where the field content was not matching the prompt.
  • Resolved an issue where the command to move focus to the results field in the Windows 10 calculator (INSERT+CTRL+D) could not be found using the JAWS Command Search.


Kemas Kini JAWS 17 Menyokong Mail App pada Windows 10


Ramai dalam kalangan pengguna perisian pembaca skrin (screen readers) mempunyai pilihan tersendiri apabila hendak mengakses emel. Ada yang lebih gemar menggunakan antaramuka web, dan ada yang gemar menggunakan mail client pada windows. Semenjak dari Windows 8 sehingga sekarang, semua sudah sedia maklum bahawa Mail App yang tersedia pada Windows tidak mesra pengguna screen reader. Hal ini menyebabkan ramai yang menggunakan perisian lain seperti Mozilla Thunderbird, Windows Live Mail, dan beberapa lagi perisian lain untuk mengakses emel.


Namun demikian, sejak kebelakangan ini timbul pelbagai usaha dalam kalangan pembangun perisian screen reader untuk cuba membina sokongan bagi Windows 10 Mail App. Pihak VFO, ataupun lebih dikenali sebagai Freedom Scientific baru sahaja mengeluarkan kemas kini bagi perisian screen reader JAWS. melalui kemas kini terbaru ini, mereka menyatakan bahawa kerjasama dengan pihak Microsoft membolehkan JAWS berfungsi di Mail App pada Windows 10. Selain menyokong Mail App, kemas kini terbaru JAWS juga membawa beberapa penambahbaikan, termasuk pada calculator di Windows 10. Untuk melihat senarai penambahbaikan pada versi terbaru JAWS, sila layari halaman ini.


Sementara itu pula, NVAccess, iaitu pembangun perisian screen reader percuma NVDA yang berasaskan sumber terbuka juga sedang dalam proses membina sokongan untuk Mail App di Windows 10. Ini merupakan suatu perkara yang dinanti-nantikan, kerana apabila perisian Mail pada Windows boleh digunakan dengan perisian pembaca skrin, kita tidak lagi perlu terlalu bergantung kepada perisian pihak ketiga untuk mengakses emel, sekaligus mengurangkan perisian yang perlu dipasang pada Windows.


Bagi pengguna perisian JAWS, bolehlah ke halaman Freedom Scientific untuk muat turun kemas kini yang terbaru dan mencubanya pada perisian Mail pada Windows 10.