iTunes pada Windows Gagal Mengesan iPhone/iPad/iPod


Pernahkah anda menghadapi situasi di mana sesudah peranti (iPhone/iPad/iPod) disambungkan ke komputer melalui kabel USB tetapi tidak dapat dikesan oleh iTunes? Sila ikuti langkah-langkah awal di bawah untuk troubleshoot permasalahan berkenaan.


  • Sekiranya masih menggunakan iTunes versi lama, cuba kemas kini ke versi yang terkini dan cuba sambungkan peranti sekali lagi.
  • Masalah mungkin berpunca daripada port USB, cuba sambungkan kabel USB peranti pada setiap port USB yang terdapat pada komputer.
  • Ada kemungkinan kabel USB bermasalah, maka cuba gunakan kabel USB Apple yang lain.
  • Pastikan sentiasa mengawasi peranti agar dapat memberikan respon jika terdapat sebarang alert seperti memilih Trust pada alert “Trust this Computer”.


Seandainya peranti iPhone/iPad/iPod masih tidak muncul dalam iTunes biarpun setelah mengikuti kesemua langkah di atas, sila ikuti langkah-langkah di bawah.

Peringatan: Memandangkan iTunes juga boleh dimuat turun melalui Microsoft Store selain daripada laman sesawang Apple, sila ikuti langkah di bawah berdasarkan daripada mana iTunes berkenaan diperolehi.

P/S: Kesemua langkah di bawah adalah berdasarkan penggunaan perisian pembaca skrin seperti NVDA, JAWS dan Narrator.


iTunes daripada Microsoft Store


    1. Pastikan skrin peranti tidak terkunci, sambungkan peranti pada komputer menggunakan kabel USB.
    2. Jikalau iTunes terbuka, fokus pada iTunes dan tekan kombinasi butang Alt+F4 untuk menutup iTunes.
    3. Tekan kombinasi butang Windows+R untuk membuka tetingkap Run.
    4. Dalam petak Run, taip: devmgmt.msc kemudian tekan butang Enter untuk membuka tetingkap Device Manager.
    5. Selepas Device Manager terbuka, tekan butang Tab sekali, akan kedengaran pembaca skrin menyebut “Tree View”. Sesudah itu, tekan butang arrow bawah sehingga menjumpai Portable Devices.
    6. Sekarang, tekan butang arrow kanan sekali, akan kedengaran pembaca skrin menyebut “expanded”. Kemudian, tekan arrow bawah sehingga menemui Apple iPhone. Pada Apple iPhone, teekan butang Application lalu tekan butang arrow bawah sehingga ke Update driver dan tekan butang Enter.
    7. Sebuah tetingkap akan terbuka, tekan butang Spacebar pada Search automatically for updated driver software, Windows will search your computer and the Internet for the latest driver software for your device. Proses kemas kini driver akan berjalan, apabila selesai tekan butang Tab ke butang Close, Completes the wizard dan tekan butang Spacebar.
    8. Sekarang, cuba lihat pada Windows Update jika terdapat sebarang kemas kini yang berkaitan. Caranya, tekan kombinasi butang Windows+I untuk membuka tetingkap Settings, kemudian tekan butang Tab ke senarai tetapan, lalu tekan butang arrow kanan sehingga menjumpai Update & Security dan tekan butang Enter.
    9. Tetingkap akan fokus pada skrin Update & Security, tekan butang Tab untuk ke sebuah senarai. Dalam senarai ini, pastikan fokus berada pada Windows Update dan tekan butang Enter untuk pastikan Windows Update dipilih. Seterusnya, tekan butang Tab ke butang Check for Updates dan tekan butang Spacebar untuk periksa kalau ada sebarang senarai kemas kini yang boleh dimuat turun dan dipasang. Seandainya terdapat sebarang kemas kini, anda perlu restart komputer untuk menyelesaikan proses muat turun dan pemasangan kemas kini tersebut.
    10. Terakhir sekali, buka iTunes dan periksa sama ada peranti sudah berjaya dikesan atau tidak. Jika menggunakan iPhone, tekan butang Tab berulang kali sehingga menemui butang iPhone.


iTunes daripada Laman Sesawang Apple


    1. Sambungkan peranti ke komputer menggunakan kabel USB. Jika iTunes terbuka, tekan butang Alt+F4 untuk menutup iTunes.
    2. Tekan kombinasi butang Windows+R untuk membuka Run. Dalam petak Run taip,

    %ProgramFiles%\Common Files\Apple\Mobile Device Support\Drivers

    dan tekan butang Enter.
    3. Sebuah folder akan terbuka yang mengandungi beberapa file. Jika menggunakan sistem operasi 64 bit, cari file bernama usbaapl64.inf manakala cari file bernama usbaapl.inf jikalau menggunakan sistem operasi 32 bit.
    4. Pada file usbaapl64.inf atau usbaapl.inf, tekan butang Application dan tekan butang arrow bawah ke Install dan tekan butang Enter.
    5. Nada bunyi akan kedengaran seperti peranti dicabut daripada port USB kemudian disambungkan semula. Satu tetingkap akan muncul dengan teks “The operation completed successfully” menandakan proses Install telah berjaya, hanya tekan butang Spacebar pada OK untuk menutup tetingkap berkenaan.
    6. Sekarang cabut peranti daripada komputer dan Restart komputer. Sesudah komputer hidup kembali, cuba sambungkan peranti melalui kabel USB dan buka iTunes, pperiksa sekiranya peranti iPhone/iPad/iPod sudah beerjaya dikesan oleh iTunes.


Peranti masih tidak dikesan oleh iTunes


Sekiranya peranti masih tidak dikesan oleh iTunes, sila ikuti langkah berikut:


  • Tekan kombinasi butang Windows+R untuk membuka Run dan taip devmgmt.msc lalu tekan butang Enter untuk membuka Device Manager.
  • Setelah Device Manager terbuka, tekan butang Tab, selepas itu tekan butang End atau butang arrow bawah sehingga menjumpai Universal Serial Bus controllers. Kemudian, tekan arrow kanan sekali untuk expand dan tekan arrow bawah untuk mencari Apple Mobile Device USB Driver.
  • Jika tidak menjumpai Apple Mobile Device USB Driver, cuba cabutkan peranti daripada komputer dan sambungkan semula.
  • Seandainya masih tidak muncul di iTunes, cuba Install sekali lagi usbaapl64.inf atau usbaapl.inf seperti langkah di atas.


Semoga tips di atas muda diikuti oleh rakan-rakan OKU penglihatan dan sekali gus dapat membantu menyelesaikan masalah peranti iPhone/iPad/iPod yang tidak dikesan oleh iTunes.


Kongsikan pada Media Sosial Anda

Leave a Reply

Switch to desktop version