Mari Ketahui Tentang Apple File System



iOS 10.3 telah pun dilancarkan, dan dengan itu, setiap peranti iPhone, iPad, dan iPod yang layak akan menerima kemaskini system operasi ini. Melalui kemaskini tersebut, pengguna-pengguna iOS di seluruh dunia akan beralih kepada sokongan fail system baru yang dikenali sebagai Apple File System (APFS). Apple File System (APFS) merupakan fail sistem baru yang akan digunakan pada seluruh peranti Apple, iaitu iPhone, iPad, Apple Watch, Apple TV, dan juga mac. Walaubagaimanapun, buat masa sekarang ia hanya diperkenalkan untuk pengguna iOS, dan masih di peringkat beta untuk Mac. Jadi, mari kita ketahui serba sedikit mengenai fail system APFS.


APFS diwujudkan untuk mengantikan fail system HFS+ yang telah diguna pakai sejak tahun 1998. Fail system HFS+ digunakan pada Mac, dan kemudiannya telah diubahsuai untuk digunakan pada peranti lain seperti iPhone, Apple Watch dan Apple TV. Dalam tempoh hamper dua dekad ini, banyak perubahan telah berlaku pada kaedah penyimpanan fail. Misalnya, penggunaan mechanical hard drive digantikan dengan SSD, dan penggunaan flash storage pada peranti masa kini yang mempunyai kemampuan “read and write” yang lebih pantas. Memandangkan kebanyakkan produk Apple sekarang menggunakan storan yang berasaskan flash, mereka merasakan perlunya satu system fail yang boleh dioptimasikan untuk kesemua produk mereka.


APFS juga membolehkan proses “read and write” yang lebih pantas dan membolehkan peranti berfungsi dengan sedikit pantas berbanding sebelumnya. Sisstem fail ini turut memudahkan proses pemindahan file serta pengurusan data. Fungsi klon yang terdapat pada APFS membolehkan Salinan fail dibuat tanpa memerlukan ruang storan yang banyak, sekaligus menjimatkan ruangan pada peranti. Oleh itu, pengguna yang menaik taraf peranti mereka akan mendapatkan kembali sejumlah ruangan tambahan bergantung kepada sais storage peranti anda.


Bagi pengguna Mac yang telah membuat partition pada hard disk, system APFS mampu untuk menggunakan ruang kosong pada partition lain sekiranya partition sedia ada tidak mempunyai ruang yang mencukupi. Selain itu, sistem fail APFS turut hadir dengan integrasi penyulitan dan sekuriti yang lebih baik berbanding system fail HFS+.


Akhir sekali, Apple File System lebih dioptimasikan untuk peranti moden yang berasaskan kepada system operasi 64-bit berbanding HFS+ yang lebih sesuai untuk system operasi 32-bit. Hal ini menjadikan APFS terus relevan dengan peranti Apple sekarang yang rata-ratanya bersifat 64-bit architecture.


Daripada percubaan saya setelah mengemaskini peranti ke iOS 10.3 dengan system fail APFS, tiada masalah yang dihadapi dengan system fail baru ini, sebaliknya saya mendapati bahawa terdapat penambahan ruang storan sebanyak hamper 3GB pada iPhone 5S 32-bit. Tiada kehilangan data yang berlaku setelah kemaskini, tetapi kami tetap mengesyorkan agar anda membuat Salinan pendua melalui iTunes sebelum melakukan kemaskini ke iOS 10.3 bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku. Jadi, apakah pendapat anda selepas naik taraf ke iOS dengan system APFS?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *