Maxis Naiktaraf Data Bagi Pengguna OnePlan Sehingga 50GB


Nampaknya perang Telko tahun 2016 masih lagi belum berakhir. Sebelum ini Celcom dan DiGi masing-masing telah memberikan lebih data kepada pengguna Pascabayar mereka. uMobile juga tidak ketinggalan untuk melanjutkan penambahan kuota sebanyak 8GB bagi pelanggan P70 sehingga hujung tahun 2017. Kemudian, Webe pula membuka pendaftaran pelan pascabayar serenda RM79 kepada semua, tanpa mengira sama pengguna TM ataupun sebaliknya. Kini, Maxis juga tidak ingin ketinggalan. Menerusi pelan Maxis One baru-baru ini, mereka juga telah menggandakan jumlah data yang boleh dinikmati oleh pengguna.



Seperti kebanyakkan syarikat yang lain, Maxis juga membahagikan data untuk penggunaan hujung minggu dan hari biasa. Tawaran Maxis OnePlan yang baru adalah seperti berikut;


  1. MaxisONE 98 5GB kepada 20GB (10GB hari biasa dan 10GB hujung minggu)
  2. MaxisONE 128 10GB kepada 30GB (15GB hari biasa dan 15GB hujung minggu)
  3. MaxisONE 158 15GB kepada 40GB (20GB hari biasa dan 20GB hujung minggu)
  4. MaxisONE 188 20GB kepada 50GB (25GB hari biasa dan 25GB hujung minggu)


Maxis menyatakan bahawa mereka akan mula menaiktaraf data untuk pengguna sedia ada bermula 15 sehingga 18 November, dan penambahan data kepada pengguna ini adalah kekal selagi pengguna masih menggunakan Maxis One Plan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Maxis OnePlan


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *