Panduan Menghubungi Penyedia Perkhidmatan Talian Tetap dan Jalur Lebar


Berikut adalah panduan menghubungi penyedia perkhidmatan talian tetap dan jalur lebar (fixed and wireless broadband service providers) di Malaysia. Daripada senarai berikut, hanya syarikat Celcom, Maxis dan Telekom Malaysia sahaja yang turut menawarkan jalur lebar tanpa wayar.


Celcom Home Fibre


Setakat ini, jalur lebar Celcom Home Fibre hanya terdapat di Sabah sahaja.


Cyberjaya Broadband


Seperti pada nama, perkhidmatan ini hanya terdapat di Cyberjaya sahaja. Menariknya, syarikat ini merupakan pembekal perkhidmatan Internet yang pertama menawarkan kelajuan Internet sehingga 1gbps.



Maxis Home Fibre


Jalur lebar Maxis Home Fibre juga didapati di kawasan-kawasan yang mempunyai infrastruktur UniFi kerana Maxis mempunyai perjanjian berkongsi infrastruktur bersama Telekom Malaysia.


Telekom Malaysia (TM)


Kita semua maklum bahawa Telekom Malaysia (TM) merupakan pembekal talian tetap terbesar di Malaysia. Mereka turut menawarkan dua pilihan jalur lebar, iaitu Streamyx dan UniFi (Fibre Broadband). Walaubagaimanapun, UniFi turut dioperasikan dengan menggunakan teknologi VDSL yang menggunakan talian copper di kawasan-kawasan yang tidak mempunyai rangkaian Fibre seperti di bangunan-bangunan lama, condominium, dan kawasan perumahan.


Time Broadband


Setakat ini, liputan jalur lebar Time hanya terdapat di kawasan-kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan penang. Mereka nampaknya menyasarkan penduduk di apartment dan kondominium sahaja atas sebab-sebab kekangan akses kepada infrastruktur.



Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat maklumat yang kami tertinggal, anda digalakkan untuk memberikan komen di bawah dan kami akan mengemaskini posting ini.


Kongsikan pada Media Sosial Anda

Leave a Reply

Switch to mobile version