Pendaftaran Webe Dibuka Untuk Semua


Setelah hampir 4 bulan dilancarkan, Webe hari ini telah pun membuka pendaftaran ppelan telekomunikasi mereka kepada pengguna seluruh negara. Mereka hanya mempunyai satu pelan sahaja, iaitu data, SMS dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Namun begitu, panggilan ke nombor khas 1300, 1600, 1700, direktori TM 103, nombor pengumuman waktu 1051 dan nombor 1MOCC dikecualikan daripada panggilan percuma dan akan dikenakan bayaran RM0.15 seminit. Pelan Webe boleh didapati dengan harga serendah RM79 bagi pelanggan Telekom Malaysia, dan RM199 sekiranya bukan pelanggan TM. Diskaun sebanyak RM60 akan diberikan kepada mereka yang menggunakan telefon pintar yang menyokong rangkaian 4G mereka.


Webe merupakan perkhidmatan P1 yang telah dijenamakan semula setelah syarikat P1 diambil alih oleh Telekom Malaysia pada hujung tahun 2014. Webe menggunakan rangkaian 4G pada gelombang LTE band 5, iaitu 850 MHZ, berbeza dengan syarikat telekomunikasi lain di Malaysia, sekaligus memerlukan telefon pintar khusus yang menyokong gelombang tersebut. Bagi kawasan yang masih tidak mempunyai liputan 4G, Webe bekerjasama dengan Celcom untuk menggunakan liputan 3G dan 2G di seluruh negara.


Kepada mereka yang berminat, bolehlah menyemak senarai telefon yang menyokong perkhidmatan Webe dan mendaftar untuk pakej telekomunikasi mereka di laman web rasmi Webe. Mereka menerima pendaftaran baru dan juga MNP sekiranya anda ingin mengekalkan nombor lama. Kad Sim berbentuk Mini, Micro, dan Nano akan diposkan ke alamat kediaman anda.


Leave a Reply