Pengenalan kepada iOS 12


17 September (18 September waktu Malaysia), secara rasminya Apple telah mengeluarkan sistem operasi iOS versi terbaru iaitu iOS 12. Setelah menggunakan iOS 12 selama lebih kurang 10 hari, dapat kami simpulkan, terbaik! Performance peranti lebih lancar berbanding sebelum ini dan harus diingatkan ini hanyalah iOS 12 keluaran pertama iaitu 12.0. Performance diharapkan lebih baik lagi dengan kemas kini yang bakal dikeluarkan.


Biarpun penekanan yang diberikan oleh Apple pada iOS 12 adalah peningkatan prestasi sistem operasi iOS secara keseluruhan, namun masih ada juga beberapa penambahan, perubahan dan ciri baru yang diperkenalkan. Dalam posting ini, anda boleh memuat turun audio tutorial “Pengenalan kepada iOS 12” yang terbahagi kepada dua bahagian dengan menekan dua pautan di penghujung posting. Di bawah, disenaraikan bebeerapa perubahan dan fungsi baru yang boleh anda dengari dalam audio tutorial berkenaan:

Bahagian 1:

  • Peningkatan prestasi peranti
  • Fungsi Screen Time
  • Bedtime dalam Do Not Disturb
  • Perubahan bagi Notification
  • Perubahan pada skrin informasi Battery


Bahagian 2:

  • Fungsi Automatic Update
  • Penggunaan Siri dalam Low Power Mode
  • Aplikasi Shortcuts menggantikan Workflow
  • Perubahan Voice Memos dan Apple Books
  • Speak Confirmation dalam tetapan VoiceOver
  • Send to HDMI dalam tetapan VoiceOver
  • Suara baru Siri, Irish dan South African (lelaki dan perempuan)


Untuk memuat turun podcast Pengenalan kepada iOS 12, sila klik pada dua pautan di bawah:


Seperti biasa, jangan lupa untuk berkongsi MYVICTCast ini kepada rakan-rakan OKU penglihatan yang lain dan diharapkan bermanfaat.

Kongsikan pada Media Sosial Anda

Leave a Reply

Switch to mobile version