Reset Windows 10 ke Tetapan Asal (Bahagian 1) –…


Sudah menjadi kelaziman bagi pengguna sistem operasi Windows untuk melakukan clean reinstall Windows atau format sekali dalam setahun atau dua tahun. Lebih-lebih lagi apabila komputer sudah menjadi lembab dan tidak selancar dulu. Selain itu, jangkitan virus juga sering membawa kepada perlunya melakukan clean reinstall/format. Bagi mereka yang tidak tahu cara format, jalan mudah adalah dengan menghantar komputer ke kedai. Mereka yang berkemahiran pula akan melakukannya sendiri tanpa masalah.


Dengan datangnya sistem operasi Windows 10, kerja-kerja format boleh dilaksanakan dengan lebih mudah oleh sesiapa saja. Lebih-lebih lagi bagi golongan OKU penglihatan yang kadangkala memerlukan bantuan orang celik dan bergantung dengan kelengkapan tertentu. Sebelum ini, untuk format komputer, OKU penglihatan perlu menggunakan Talking Windows Pre-Environment dan kadangkala memerlukan bantuan orang celik pada bahagian boot option screen. Membuatkan seseorang OKU penglihatan tidak dapat berdikari sepenuhnya untuk melaksanakan kerja-kerja format komputer. Semua ini akan berubah dengan adanya Windows 10 yang didatangkan dengan fungsi “Reset”.


Opsyen Reset dalam Windows 10 hampir menyerupai format, bezanya, Reset dilakukan dalam sistem operasi itu sendiri. Penambahbaikan yang dilakukan pada Narrator juga telah meningkatkan tahap mesra OKU penglihatan sistem operasi terkini daripada Microsoft. Sekali gus, membolehkan OKU penglihatan memanfaatkan fungsi Reset ini sepenuhnya secara berdikari tanpa memerlukan bantuan orang celik dan kelengkapan tambahan.


Rakan-rakan OKU penglihatan yang mahu mempelajari cara Reset dalam Windows 10, sila perdengarkan MYVICTCast di bawah. Audio tutorial di bawah menunjukkan langkah-langkah Reset Windows 10 daripada awal hingga akhir. MYVICTCast ini terbahagi kepada dua bahagian, sila klik di sini untuk pergi ke bahagian 2.


Perhatian: Sila pastikan anda menggunakan Windows 10 versi terbaru iaitu 1803, bagi mendapatkan pengalaman penggunaan Narrator yang terbaik.


Sila klik pautan timestamp di bawah untuk skip ke bahagian yang anda mahu dengari.

00:23 – Pengenalan.
01:27 – Membuka opsyen Reset This PC.
04:37 – Penjelasan opsyen “Keep My Files” dan “Remove everything”.
08:12 – Penjelasan opsyen “Only the drive where Windows is installed”, “All drives” dan “Show me the list of drives that will be affected”.
10:29 – Penjelasan “Just remove my files” dan “Remove files and clean the drive”.
12:22 – Memulakan proses Reset.
13:07 – Mengaktifkan Narrator semasa proses Reset.
14:30 – Proses pemasangan Windows 10 bermula.
17:01 – Memulakan first time setup Windows 10 (akan bersambung).

Kongsikan pada Media Sosial Anda
1 COMMENT
  • Reset This PC – Fungsi Reset pada Windows 10 (Bahagian 2) – MYVICTCast – MYVICT

    […] Rakan-rakan OKU penglihatan yang mahu mempelajari cara Reset dalam Windows 10, sila perdengarkan MYVICTCast di bawah. Audio tutorial di bawah menunjukkan langkah-langkah Reset Windows 10 daripada awal hingga akhir. MYVICTCast ini terbahagi kepada dua bahagian, sekiranya anda terlepas bahagian pertama, sila klik di sini untuk mendengar bahagian 1. […]

Leave a Reply

Switch to mobile version