Samsung Malaysia Melancarkan Waranti Pintar (Samsung Smart Warranty)


Adakah anda bimbang dengan waranti telefon pintar Samsung anda dan jika ia tiba-tiba rosak selepas tempoh jaminannya? Jika ini merunsingkan anda selama ini, kini anda boleh bertenang kerana Samsung Malaysia baru sahaja melancarkan pakej Waranti Pintar (Samsung Smart Warranty), jaminan peranti Samsung anda boleh dilanjutkan setahun lagi.


Samsung Malaysia kini membolehkan anda melanjutkan waranti peranti Samsung anda yang mana biasanya hanya setahun sahaja dan apa yang anda perlu lakukan adalah membeli Waranti Pintar. Dengan pelan ini, Samsung akan menyediakan perkhidmatan kepada mana-mana telefon pintar Samsung yang rosak, tertakluk kepada terma dan syarat mereka.


Perlu diingat bahawa jaminan ini hanya meliputi isu-isu mekanikal dan teknikal tertentu, tidak ada perlindungan untuk kerosakan akibat kemalangan atau skrin pecah. Ini juga merupakan lanjutan jaminan, yang bermaksud bahawa anda hanya layak untuk membeli Waranti Pintar apabila jaminan peranti anda sedia ada masih aktif.


Waranti Pintar Samsung berharga RM49 atau RM99 bergantung pada peranti anda dan boleh dibeli di Pusat Perkhidmatan Express Samsung terpilih di seluruh negara.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web mereka.


Antara Peranti yang dilindungi seperti Galaxy S7 / S7 edge, Galaxy Note5, Galaxy S6 dan juga beberapa tablet. Untuk senarai penuh peranti yang disokong dan kosnya, lihat halaman Soalan Lazim Waranti Pintar.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *