Sertai MYVICT


Komuniti MYVICT


Anda seorang yang meminati ICT? Suka berkongsi ilmu? Mari sertai kami menjadi sebahagian daripada komuniti. Kita boleh bersama-sama menjana idea, berkongsi ilmu pengetahuan dan menyumbang kepada komuniti OKU penglihatan di Malaysia. Anda boleh menjadi sebahagian daripada komuniti dengan:


  1. Sertai kumpulan WhatsApp MYVICT.
  2. Hantarkan podcast audio anda kepada kami dan kami akan letakkan di laman sesawang MYVICT supaya manfaat podcast anda akan sampai kepada lebih ramai audiens. Podcast di MYVICT akan dinamakan sebagai MYVICTCast.
  3. Sekiranya anda seorang yang lebih gemar menulis, anda boleh hantarkan penulisan anda kepada kami dan penulisan anda akan diterbitkan di laman sesawang MYVICT atas nama anda.


Sertai Kumpulan WhatsApp MYVICT


Sebelum menyertai kumpulan WhatsApp MYVICT, terdapat beberapa peraturan yang perlu anda ketahui dan patuhi:


  • Sebarang diskusi, soal jawab dan perkongsian apa-apa jua pautan, video, audio, dokumen dan artikel di dalam kumpulan mestilah berkaitan ICT sahaja.
  • Ahli kumpulan yang menghantar sebarang pautan, video dan audio di dalam kumpulan haruslah memberikan serba sedikit penjelasan berkenaan bahan yang dikongsikan, supaya ahli kumpulan lain dapat membuat keputusan sama ada mahu atau tidak untuk membuka pautan atau memuat turun video dan audio yang dikongsikan.
  • Sewaktu bertanyakan soalan, tolong perjelaskan situasi yang berlaku dan berikan maklumat selengkapnya tentang peranti, perisian, dan sistem operasi yang terlibat. Perkara ini penting supaya ahli kumpulan lain dapat memberikan respon yang lebih spesifik dan jawapan yang terbaik.
  • Sila kemukakan semua info yang lengkap dalam satu mesej untuk mengelakkan lambakkan mesej mengenai satu topik di dalam group.
  • Bermula daripada 20 November 2017, sekiranya anda tersalah hantar mesej ke dalam group MYVICT, anda wajib memadamnya dalam tempoh 7 minit. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan keahlian anda digantung selama 15 hari, bermula daripada tarikh mesej tersebut dihantar. Ini adalah sejajar dengan fungsi memadam mesej yang telah diperkenalkan oleh WhatsApp, dan pada masa yang sama memastikan perbincangan ICT di dalam group bebas daripada unsur-unsur yang tidak berkaitan.
  • Jika anda terpaksa meninggalkan kumpulan atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada salah seorang admin. Sekiranya anda gagal berbuat demikian, tindakan akan diambil berdasarkan panduan berikut:
    1. Anda boleh memohon untuk masuk semula ke dalam kumpulan dalam tempoh tujuh hari bermula dari tarikh anda keluar. Anda akan dimasukkan semula ke dalam kumpulan tanpa sebarang halangan.
    2. Selepas tempoh tujuh hari bermula dari tarikh anda keluar, sebarang permohonan untuk masuk semula ke dalam kumpulan akan hanya dilakukan selepas tempoh 30 hari bermula dari tarikh anda keluar.
    3. Selepas tempoh 30 hari bermula dari tarikh anda keluar, sebarang permohonan untuk masuk semula ke dalam kumpulan akan dipertimbangkan terlebih dahulu dan perlu mendapat kelulusan.


    Panduan bagi Penghantaran Artikel


    MYVICT menggalakkan penghantaran artikel ICT daripada sesiapa saja yang berminat untuk menyumbang. Jika anda hendak menulis artikel dan diterbitkan di laman sesawang MYVICT untuk manfaat lebih ramai audiens, sila rujuk dan ikuti panduan berikut:


    • Artikel boleh ditulis dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu atau kedua-duanya.
    • Sila nyatakan nama atau nama samaran yang anda hendak guna dan muncul sebagai penyumbang artikel.
    • Pastikan anda sudah memeriksa dan memperbetulkan sebarang kesilapan seperti penggunaan tanda baca dan kesalahan ejaan.
    • Pastikan artikel anda diberikan tajuk dan diformat dengan kemas seperti pembahagian perenggan dan tunjukkan dengan jelas sekiranya terdapat tajuk kecil dalam artikel tersebut.
    • Jikalau anda merujuk dan memetik isi kandungan dari sumber lain, tolong nyatakan sumber-sumber berkenaan di penghujung artikel anda. Kami tidak mahu timbulnya isu plagiarisme.
    • Akhir sekali, semua artikel yang dihantar akan diperiksa oleh admin sebelum diterbitkan. Oleh sebab itu, perubahan mungkin dibuat pada mana-mana bahagian yang dirasakan perlu.


    Panduan bagi Penghantaran Podcast


    Satu lagi cara anda boleh menyumbang adalah dengan penghasilan audio podcast. Sekiranya anda seorang yang minat membuat rakaman audio dan meminati tips and tricks, troubleshooting dan unboxing dan review sesuatu produk, anda boleh hantarkan rakaman podcast kepada kami, kemudian kami akan memuat naik podcast anda ke laman sesawang MYVICT. Podcast anda akan dapat didengari dan dimanfaatkan oleh lebih ramai audiens. Beberapa perkara perlu diambil perhatian sebelum menghantar rakaman podcast anda:


    • Sila simpan (save) rakaman audio anda dalam format mp3 dan tetapkan bitrate pada 128 kbps atau lebih rendah.
    • Sila berikan tajuk yang sesuai untuk rakaman audio anda.
    • Sila nyatakan nama atau nama samaran yang anda hendak guna dan akan muncul sebagai penyumbang podcast berkenaan.
    • Akhir sekali, semua rakaman audio yang dihantar akan diperiksa oleh admin sebelum dimuat naik. Oleh sebab itu, perubahan mungkin dibuat pada mana-mana bahagian yang dirasakan perlu.


    Hubungi Kami

    Untuk menyertai kumpulan WhatsApp MYVICT atau mahukan artikel dan podcast anda diterbitkan di laman sesawang MYVICT atau anda mahu menghulurkan sumbangan dalam apa-apa jua cara, sila hubungi kami di:
    admin@myvict.com


    (Page last updated on 22 November 2017)