Shortcuts Pengganti Workflow: Integrasi Siri pada iOS 12 –…


Workflow merupakan sejenis aplikasi automasi yang telah diambil alih oleh Apple pada tahun 2017. Kini pada iOS 12, Workflow telah digantikan oleh Shortcuts. Shortcuts memiliki fungsi yang serupa dengan Workflow tetapi satu kriteria yang amat menarik adalah integrasi Siri dengan Shortcuts. Pengintegrasian ini bermaksud Siri boleh menerima satu arahan suara untuk melaksanakan beberapa tindakan yang ditetapkan pada aplikasi Shortcuts.


Siri juga akan menganalisa corak penggunaan kita, lalu, dari semasa ke semasa akan memberikan saranan Shortcuts untuk beberapa tindakan rutin kita. Setakat ini, sudah semakin banyak aplikasi yang menyokong fungsi Siri Shortcuts dalam iOS 12. Dalam MYVICTCast episod ini, saya mendemonstrasikan apa yang boleh dilakukan dengan Siri dan Shortcuts dan cara untuk menghasilkan sebuah Shortcut. Harap MYVICTCast kali ini akan membantu anda untuk memahami konsep Shortcuts dan pengintegrasian dengan Siri.


Bagi mereka yang memang menggunakan Workflow, sesudah naik taraf ke iOS 12, icon Workflow pada homescreen akan bertukar menjadi Shortcuts secara automatik. Akan tetapi, sekiranya tidak berlaku, anda boleh pergi ke App Store dan periksa aplikasi Shortcuts dalam senarai Updates, kemudian muat turun seperti biasa.

Sebaliknya, jika anda belum pernah menggunakan aplikasi Workflow, anda boleh memuat turun aplikasi Shortcuts di App Store ataupun boleh klik pada pautan ini untuk memuat turun aplikasi Shortcuts.


Selamat mendengar dan jangan lupa untuk kongsikan MYVICTCast ini kepada rakan-rakan OKU penglihatan yang lain. Jika mendapat sambutan dan permintaan, saya mungkin akan menghasilkan MYVICTCast bahagian kedua untuk topik berkenaan Shortcuts dan Siri.


Kongsikan pada Media Sosial Anda

Leave a Reply

Switch to desktop version