Sokongan Untuk Windows 7 Akan Tamat Pada Tahun 2020


Windows 7 merupakan salah satu sistem operasi yang popular selepas Windows XP. Ia telah dilancarkan oleh Microsoft hampir 10 tahun dahulu, iaitu sekitar bulan Oktober 2009 yang lepas. Setelah hampir 10 tahun dilancarkan, Microsoft kini telah mengumumkan penamatan sokongan bagi Windows 7 pada 14 Januari 2020. Selepas tarikh berkenaan, Microsoft tidak lagi akan memberikan kemaskini kepada pengguna yang masih menggunakan sistem operasi Windows 7, sekaligus membuatkan pengguna terdedah kepada pelbagai kerentanan security.


Untuk itu, Microsoft menyarankan agar pengguna Windows 7 beralih ke Windows 10 supaya boleh terus mendapat sokongan dan kemaskini. Kami juga ingin memberikan saranan yang serupa atas beberapa sebab yang bermanfaat dari segi accessibility kepada warga cacat penglihatan yang bergantung kepada perisian pembaca skrin.


  1. Sokongan Accessibility yang lebih mantap pada Narrator di Windows 10 membolehkan pengguna perisian screen reader menggunakan Narrator untuk melakukan lebih banyak perkara di Windows dengan lebih mudah berbanding sebelumnya.
  2. Apa yang kami rasa paling menarik ialah Narrator turut boleh berfungsi sewaktu proses memasang Windows 10 dan ketika di dalam Safe Mode. Ini merupakan satu ciri yang lama kami nantikan sebagai individu yang memformat komputer dari semasa ke semasa.
  3. Sokongan Audio ducking bagi pengguna NVDA dan JAWS untuk pengguna Windows 8.1 dan keatas.
  4. Text to Speech (TTS) Windows One Core Voices yang lebih mantap dan menyokong pelbagai bahasa.
  5. Fungsi OCR pada NVDA boleh digunakan tanpa memasang sebarang pemalam.


Jika anda inginkan maklumat yang lebih lanjut, Microsoft ada menyediakan sebuah laman khas untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem operasi Windows 10.


Windows 10 turut boleh didapati melalui Pusat Muat Turun MYVICT


Nota: Windows 10 yang kami tawarkan merupakan ISO yang tidak diubahsuai. Anda memerlukan lesen yang sah untuk mengaktifkan Windows 10 jika menaiktaraf daripada Windows 7.

Kongsikan pada Media Sosial Anda

Leave a Reply

Switch to mobile version