DiGi Mengemaskini Pelan Pascabayar Mereka Dengan Data Yang Lebih Banyak


DiGi pada hari ini telah mengemaskini pelan pascabayar mereka dengan menawarkan lebih banyak data berbanding sebelumnya. Jika sebelum ini DiGi postpaid 80 menawarkan data sebanyak 10GB, tawaran baru untuk postpaid 80 memberikan data sebanyak 20GB. Sebanyak 10GB data akan diperuntukkan untuk hari biasa, dan 10GB lagi data 4G LTE untuk hujung minggu. Ini bermakna anda harus berada pada kawasan yang mempunyai liputan 4G untuk menikmati data 10GB pada hujung minggu. Jika tidak, data untuk kegunaan hari biasa akan digunakan. Seperti sebelumnya, data pada hujung minggu tidak dipisahkan mengikut minggu, sebaliknya anda boleh menggunakan kesemua 10GB 4G data pada satu-satu minggu.


Selain itu, panggilan suara ke semua rangkaian masih kekal percuma, dan 300 SMS percuma ke semua rangkaian akan diberikan pada setiap bulan. Baki data yang tidak habis digunakan boleh dibawa ke bulan hadapan sebanyak 2GB.


Namun begitu, jika data sebanyak 20GB dan 300 SMS masih tidak mencukupi, DiGi Postpaid 110 menawarkan 40GB data, iaitu 20GB pada hari biasa, dan 20GB data 4G pada hujung minggu, serta 1000 SMS percuma ke semua rangkaian. Data yang boleh dibawa ke hadapan untuk pelan ini adalah sebanyak 3GB.


Sekiranya anda tidak memerlukan penggunaan data yang banyak, DiGi turut menawarkan Postpaid 50 dengan data sebanyak 10GB (5GB hari biasa dan 5GB data 4G pada hujung minggu). Data sebanyak 1GB boleh dibawa ke hadapan pada setiap bulan. DiGi Postpaid 50 didatangkan dengan 100 minit masa panggilan dan 100 SMS setiap bulan. penggunaan selepas itu akan dikenakan bayaran sebanyak RM0.15 seminit dan RM0.10 setiap SMS, serta RM0.20 untuk kadar MMS.


Akhir sekali, sekiranya anda kerap berkunjung ke Singapura, DiGi turut menawarkan “border roaming add-on” yang membolehkan anda menikmati 60 minit panggilan suara ke Malaysia dan Singapura dan 5GB data pada kadar RM5 sebulan sehingga 1 Disember 2016. Selepas tarikh 1 Disember 2016, kadar border roaming adalah RM30 sebulan. Nota: Border roaming tidak sesuai digunakan sekiranya anda hanya berkunjung ke Singapura selama beberapa hari sahaja, kerana penamatan perkhidmatan ini perlu dilakukan di DiGi centre yang berhampiran.


Kesemua pelan ini boleh dilanggan mulai hari ini, tetapi ia tidak ditawarkan untuk langganan bersama peranti. Untuk maklumat lanjut, sila lihat di Halaman DiGi Postpaid


Panduan Telco di Malaysia


Sekiranya anda merupakan pengguna telefon bimbit, anda pasti pernah menyemak ataupun mengurus akaun anda dari masa ke masa mengikut keperluan. Dahulunya, sebelum USSD diperkenalkan, setiap kali anda ingin melakukan sebarang perubahan, anda perlu menelefon kepada pusat perkhidmatan pelanggan bagi telco tersebut. proses ini memakan masa kerana sekiranya talian sibuk, anda terpaksa menunggu lama sebelum panggilan dapat disambungkan kepada pegawai yang bertugas.


Menyedari hakikat ini, pembekal perkhidmatan menyediakan menu USSD yang tersendiri untuk membolehkan anda menguruskan akaun dengan lebih mudah. Antara menu USSD yang digunakan oleh telco di Malaysia ialah seperti berikut;


  1. Altel: *102#
  2. Celcom: *118#
  3. DiGi: *128#
  4. Hotlink: *100#
  5. Maxis: *100#
  6. ONEXOX: *150#
  7. redONE: *123#
  8. speakOUT Wireless: *129#
  9. Tron: *129#
  10. Tune Talk: *111#
  11. U Mobile: *118#
  12. XOX: *132#


Melalui menu USSD yang disediakan, anda boleh menguruskan akaun anda dengan melakukan pelbagai perkara seperti menyemak bill atau baki semasa, tambah nilai, membeli pelan internet, menyahaktifkan perkhidmatan mel suara, dan sebagainya. Setiap fungsi yang disediakan bergantung kepada telco masing-masing.


Di samping menggunakan menu USSD, pada hari ini anda juga boleh mengakses dan menguruskan akaun telco anda dengan menggunakan aplikasi yang telah disediakan oleh penyedia perkhidmatan anda. Aplikasi ini berfungsi seumpama menu yang terdapat pada USSD, membolehkan anda menyemak akaun serta melanggan perkhidmatan dengan lebih mudah, tanpa perlu mengingati kod-kod USSD. Namun demikian, setakat hari ini tidak semua penyedia perkhidmatan mempunyai App untuk menguruskan akaun. Di bawah ini akan disenaraikan beberapa telco yang mempunyai app tersendiri untuk proses pengurusan akaun, serta memberikan pautan untuk muat turun App tersebut.


  1. Celcom Life

  2. DiGi:

  3. Hotlink:

  4. Maxis:

  5. speakOUT Wireless: (Hanya aplikasi untuk Android sahaja buat masa ini.)

  6. Tune Talk:

  7. U Mobile:


Untuk menggunakan applikasi yang disenaraikan di atas amat mudah. Anda hanya perlu memastikan kad sim yang hendak diuruskan berada di dalam telefon, seterusnya anda boleh membuka aplikasi yang berkenaan sama ada dengan menggunakan mobile data ataupun WiFi, dan anda akan diberi panduan untuk menguruskan akaun anda. Tetapi sebaiknya dicadangkan agar menggunakan mobile data pada sim tersebut, supaya ia boleh terus mengesan akaun anda.


Jika selepas menggunakan kaedah USSD ataupun aplikasi yang disediakan dan anda masih tidak dapat untuk melihat atau melakukan kemaskini pada akaun anda, jalan terakhir yang boleh diambil ialah dengan menghubungi pusat khidmat pelanggan telco. Nombor-nombor pusat khidmat pelanggan telco adalah seperti pada senarai di bawah:


  1. Altel:
    • Dalam Rangkaian: 13388
    • Luar Rangkaian: +603-26133888


  2. Celcom:
    • Dalam rangkaian: 1111
    • Luar rangkaian: +6019-6011111


  3. DiGi:
    • Dalam dan luar rangkaian: +6016-2211800


  4. Hotlink:
    • Dalam dan luar rangkaian: 1300-82-0120


  5. Maxis:
    • Dalam rangkaian: 123
    • Luar rangkaian: 1800-82-1123


  6. RedONE:
    • Dalam rangkaian: 1909
    • Luar rangkaian: 1800-11-0800


  7. Tron:
    • Dalam negara: 1300-80-0188


  8. Tune Talk:
    • Dalam rangkaian: 13100
    • Luar Rangkaian: +603-27720000


  9. U Mobile:
    • Dalam rangkaian: 1318
    • Luar rangkaian: +6018-3881318


  10. Webe:
    • Dalam dan luar rangkaian: +6011-10001000
    • Dalam rangkaian sahaja: 13388


  11. Yes Wimax:
    • Dalam dan luar rangkaian: +6018-3330000


Diharapkan panduan ini dapat membantu anda apabila perlu berurusan dengan penyedia perkhidmatan cellular di Malaysia.


* Sekiranya ada maklumat yang kurang tepat atau yang kami tertinggal, sila komen di bawah, kami akan perbetulkan secepat mungkin.