Membuat Ringtone iPhone (iTunes) Bahagian 1- MYVICTCast


Rakan-rakan yang menggunakan iPhone pasti sudah sedia maklum akan kekangan untuk menghasilkan nada dering sendiri untuk digunakan pada iPhone. Soalan ini juga antara yang kerap kami terima di MYVICT, maka terhasillah MYVICTCast ini dalam dua bahagian untuk membantu rakan-rakan oku penglihatan untuk menghasilkan nada dering sendiri.


Berformat m4r dan berdurasi tidak melebihi 30 saat merupakan dua syarat utama untuk menghasilkan nada dering iPhone, tetapi adakah anda tahu caranya? MYVICTCast dua bahagian ini akan menjawab semua persoalan anda. Saya akan tunjukkan cara menghasilkan nada dering dengan menggunakan perisian iTunes pada platform Windows dan aplikasi MusicToRingtone pada platform iOS.


Posting ini akan menunjukkan kaedah melalui iTunes, manakala bahagian kedua pula akan menunjukkan kaedah melalui MusicToRingtone.


Jika anda tidak berminat menggunakan iTunes, klik sini untuk mengetahui cara membuat ringtone menggunakan aplikasi MusicToRingtone.



Klik sini untuk muat turun iTunes versi 64 bit dari apple.com
Klik sini untuk muat turun iTunes versi 32 bit dari apple.com
Klik sini untuk muat turun iTunes dari Microsoft Store (untuk pengguna Windows 10 sahaja)

Kredit: Song: Extreme Energy (Music Today 80). Composed & Produced by : Anwar Amr

Muzik pembukaan dan penutup disediakan oleh Tobbuk Mossiss melalui free royalti muzik yang telah digubah oleh beliau sendiri. Klik sini untuk melayari Youtube channel Tobbuk Mossiss


Kongsikan pada Media Sosial Anda
1 COMMENT
  • Membuat Ringtone iPhone (MusicToRingtone) Bahagian 2- MYVICTCast – MYVICT

    […] Mereka yang terlepas bahagian pertama atau lebih berminat menggunakan iTunes untuk membuat ringtone, sila klik di sini untuk mendengar cara membuat ringtone menggunakan iTunes. […]

Leave a Reply

Switch to mobile version