
iTunes pada Windows Gagal Mengesan iPhone/iPad/iPod
Pernahkah anda menghadapi situasi di mana sesudah peranti (iPhone/iPad/iPod) disambungkan ke komputer melalui kabel USB tetapi tidak dapat dikesan oleh iTunes? Sila ikuti langkah-langkah awal di bawah untuk troubleshoot permasalahan berkenaan.
- Sekiranya masih menggunakan iTunes versi lama, cuba kemas kini ke versi yang terkini dan cuba sambungkan peranti sekali lagi.
- Masalah mungkin berpunca daripada port USB, cuba sambungkan kabel USB peranti pada setiap port USB yang terdapat pada komputer.
- Ada kemungkinan kabel USB bermasalah, maka cuba gunakan kabel USB Apple yang lain.
- Pastikan sentiasa mengawasi peranti agar dapat memberikan respon jika terdapat sebarang alert seperti memilih Trust pada alert “Trust this Computer”.
Seandainya peranti iPhone/iPad/iPod masih tidak muncul dalam iTunes biarpun setelah mengikuti kesemua langkah di atas, sila ikuti langkah-langkah di bawah.
Peringatan: Memandangkan iTunes juga boleh dimuat turun melalui Microsoft Store selain daripada laman sesawang Apple, sila ikuti langkah di bawah berdasarkan daripada mana iTunes berkenaan diperolehi.
P/S: Kesemua langkah di bawah adalah berdasarkan penggunaan perisian pembaca skrin seperti NVDA, JAWS dan Narrator.
iTunes daripada Microsoft Store
iTunes daripada Laman Sesawang Apple
%ProgramFiles%\Common Files\Apple\Mobile Device Support\Drivers
dan tekan butang Enter.
Peranti masih tidak dikesan oleh iTunes
Sekiranya peranti masih tidak dikesan oleh iTunes, sila ikuti langkah berikut:
- Tekan kombinasi butang Windows+R untuk membuka Run dan taip devmgmt.msc lalu tekan butang Enter untuk membuka Device Manager.
- Setelah Device Manager terbuka, tekan butang Tab, selepas itu tekan butang End atau butang arrow bawah sehingga menjumpai Universal Serial Bus controllers. Kemudian, tekan arrow kanan sekali untuk expand dan tekan arrow bawah untuk mencari Apple Mobile Device USB Driver.
- Jika tidak menjumpai Apple Mobile Device USB Driver, cuba cabutkan peranti daripada komputer dan sambungkan semula.
- Seandainya masih tidak muncul di iTunes, cuba Install sekali lagi usbaapl64.inf atau usbaapl.inf seperti langkah di atas.
Semoga tips di atas muda diikuti oleh rakan-rakan OKU penglihatan dan sekali gus dapat membantu menyelesaikan masalah peranti iPhone/iPad/iPod yang tidak dikesan oleh iTunes.