Skip to content
MYVICT
  • Halaman Utama
  • Pusat Muat Turun MYVICT
  • Tentang MYVICT
  • Sertai MYVICT
  • Hubungi MYVICT
  • Dengarkan MYVICTCast

Tentang MYVICT


Salam sejahtera dan selamat datang ke MYVICT. MYVICT adalah singkatan kepada Malaysian Visually Impaired ICT. MYVICT merupakan sebuah komuniti ICT OKU penglihatan yang ditubuhkan untuk memperkasakan golongan OKU penglihatan di Malaysia ke arah lebih celik ICT. Tidak dapat dinafikan lagi teknologi masa kini banyak membantu OKU penglihatan untuk menjadi lebih berdikari, maka penguasaan ilmu ICT dalam kalangan OKU penglihatan adalah amat mustahak bagi memastikan OKU penglihatan tidak ketinggalan dalam arus perkembangan ICT. Platform (kumpulan WhatsApp dan laman sesawang) diwujudkan untuk menjadi medium perbincangan dan perkongsian ilmu yang diharap memberi manfaat kepada komuniti OKU penglihatan di Malaysia. MYVICT bermula dengan sebuah kumpulan WhatsApp pada 1 Julai 2015 dan laman sesawang ini pula dilancarkan pada 1 Februari 2016.


Kumpulan WhatsApp MYVICT ditubuhkan dengan tujuan membolehkan ahli berkongsi serta mendapatkan sokongan ICT, terutamanya yang relevan dengan OKU penglihatan. Setakat ini, perbincangan dalam kumpulan WhatsApp kami meliputi pelbagai topik ICT secara umum, termasuklah penggunaan telefon pintar dan komputer, perkakasan seperti Router, papan kekunci, speaker, Braille Display, dan lain-lain. Semua perbincangan ini tertumpu kepada penggunaan dari perspektif golongan cacat penglihatan. Kami turut menggalakkan topik yang berkaitan dengan rangkaian telko dan teknologi yang lain untuk dibincangkan.


Memandangkan teknologi mencakupi bidang yang sangat luas, topik yang dibincangkan boleh bertambah dari semasa ke semasa dan tidak semestinya terikat dengan perkara-perkara yang disebutkan di atas. Namun demikian, atas faktor keselamatan dan untuk mewujudkan zon yang selesa kepada ahli dari pelbagai latarbelakang,
kami menyarankan agar anda membaca bahagian “Sertai MYVICT” untuk mengetahui lebih lanjut.


Akhir sekali, kami berasa gembira sekiranya inisiatif kecil melalui kumpulan WhatsApp MYVICT dan laman sesawang ini memberikan manfaat kepada anda. Kami berharap agar lebih ramai lagi OKU penglihatan yang akan tampil ke hadapan untuk berkongsi di MYVICT sama ada dalam kumpulan WhatsApp ataupun menghantarkan perkongsian anda di MYVICT.com.


Sekiranya ahli ingin menyuarakan pendapat atau cadangan, sila hubungi kami di sini.

Sekiranya anda ingin berkongsi atau menyumbang isi kandungan dalam laman sesawang MYVICT, sila ikuti pautan ini untuk maklumat lanjut.


Terima kasih.




Kemaskini terakhir pada 25/12/2017

Kongsikan pada Media Sosial Anda

Terkini

  • WhatsApp: Backup dari iPhone Lama dan Restore ke iPhone Baru- MYVICTCast
  • Membuat Ringtone iPhone (MusicToRingtone) Bahagian 2- MYVICTCast
  • Membuat Ringtone iPhone (iTunes) Bahagian 1- MYVICTCast
  • GoPayz eWallet: Cara Penggunaan bagi OKU Penglihatan-Bahagian 2- MYVICTCast
  • GoPayz eWallet: Cara Penggunaan bagi OKU Penglihatan-Bahagian 1- MYVICTCast
  • iPhone 11 Pro – Unboxing dan Review Accessibility – MYVICTCast
  • Sokongan Untuk Windows 7 Akan Tamat Pada Tahun 2020
  • Shortcuts Pengganti Workflow: Integrasi Siri pada iOS 12 – MYVICTCast
  • Pengenalan kepada iOS 12
  • Panduan Menghubungi Penyedia Perkhidmatan Talian Tetap dan Jalur Lebar
  • Panduan Menghubungi Syarikat-Syarikat Pengeluar Produk dan Perkhidmatan ICT
  • Narrator Keyboard Shortcut Untuk Windows 10 October Update
  • Ribbon: Memahami Konsep dan Cara Penggunaan – MYVICTCast
  • Memahami Cara Penggunaan Ribbon
  • Reset Windows 10 ke Tetapan Asal (Bahagian 2) – MYVICTCast
  • Reset Windows 10 ke Tetapan Asal (Bahagian 1) – MYVICTCast
  • Apa Itu JomPAY?
  • JomPAY: Kaedah Alternatif Pembayaran Bil – MYVICTCast
  • iTunes pada Windows Gagal Mengesan iPhone/iPad/iPod
  • Memanfaatkan Fungsi Low Power Mode dalam Platform iOS (iPhone)

Pilih Topik

  • Android 5
  • Apple 15
  • General Tech News 12
  • MYVICTCast 30
  • Screen Reader 11
    • JAWS 3
    • NVDA 7
    • Talk Back 1
  • Smart Appliances & Other Peripherals 1
  • Telco & Networking 4
  • Windows 15

Arkib

Menu Navigasi

  • Halaman Utama
  • Pusat Muat Turun MYVICT
  • Tentang MYVICT
  • Sertai MYVICT
  • Hubungi MYVICT
  • Dengarkan MYVICTCast

Rujukan ICT

  • Panduan Membeli Telefon Pintar Untuk Pengguna Cacat Penglihatan
  • Panduan Telco di Malaysia
  • Panduan Telko di Malaysia Siri 2
  • Panduan Menghubungi Syarikat-Syarikat Pengeluar Produk dan Perkhidmatan ICT
  • Panduan Menghubungi Penyedia Perkhidmatan Talian Tetap dan Jalur Lebar
© MYVICT 2015 - 2020
Theme by Colorlib Powered by WordPress
Switch to desktop version