Selamat Datang ke MYVICT


Selamat datang semua!


Anda berada di laman sesawang rasmi Malaysian Visually Impaired ICT (MYVICT). Laman sesawang ini dibina oleh OKU penglihatan untuk OKU penglihatan. Tujuan MYVICT ditubuhkan adalah untuk mewujudkan sebuah platform perbincangan mengenai teknologi secara rentas platform (cross-platform tech discussion) yang merangkumi pelbagai perkakasan, peranti, dan sistem operasi Windows, Mac, Android serta iOS. Pendekatan perbincangan ICT secara terbuka memastikan MYVICT tidak cenderung kepada mana-mana teknologi, sebaliknya membolehkan golongan cacat penglihatan mengetahui dan menghargai kewujudan pelbagai teknologi yang ditawarkan di pasaran. Kami berharap laman sesawang dan kumpulan WhatsApp yang ditubuhkan akan memberi manfaat ilmu ICT dan menjadi sumber rujukan bagi kebanyakan OKU penglihatan di Malaysia.


Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai MYVICT di sini


Teruskan bersama myvict.com untuk pelbagai informasi ICT.